Tuesday, April 21, 2009

Dugaan lagi...

Dari pagi semalam bujang sulungku dah mula sakit perut. Bila sapu minyak angin dia rasa ok sikit aku pun biarkan dia berehat aje di rumah. Petang tu bila aku tengah melayan mabukku dia datang ke sisiku sambil merengek yang sakit perutnya tidak berkurangan dan sakit itu pada perut sebelah kanan bawah. Bila mendengar begitu terus bingkas aku bangun sehingga lupa mabuk yang melanda. Dari klinik Durian Tunggal terus kena admit kat GH. Nasib baik hari ini suamiku sudah berada di Malaysia.....sesungguhnya Allah tidak akan menduga lebih dari apa yang mampu kita tanggung.

Azim aku tinggalkan dengan pengasuh dan 2 lagi askarku berada di rumah dengan kak Wa. Mujur ramai yang berada di sisiku ketika aku begitu memerlukan mereka. Admit awal, tapi katil tiada kekosongan. Azfar menunggu di bahagian kecemasan berbaring di katil tambahan. Kesian bujangku sayang. Apa yang mengusik hatiku, si bujang tu bukannya menangis kerana perutnya yang sakit tapi menangis kerana sakit dicucuk beberapa kali nurse pelatih tu tak jumpa pembuluh darah yang betul. Kesian anak mak....

Puas menunggu, pukul 11 baru dapat masuk ke wad. Aku makan malam pun dah lewat, suamiku sampai pukul 9 lebih dan terus teman aku pergi makan. Risau dia takut baby mengamuk mengharakan aku....nanti bukan setakat aku yg dapat bala...tapi dia juga pasti akan tumpang sekaki. Azim....tak lepas dari sisi ayahnya. Mungkin melepaskan rindu lebih dari 2 minggu tak jumpa....alahai anak2 mak sayang....

1 comment:

iqbalqis said...

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendpt pahala dari kebajikan yg diusahakannya, dan ia mendpat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.....
(petikan dari surah al baqarah ayat 286)

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...