Sunday, August 26, 2012

Open house tergempar...


Tahun nie tergempar jer buat open house. Hari khamis tu aku tumbang juga sudahnya. Sib baik anak2 bujang semua boleh harap....si adib pun sama sibuk check suhu mak dia. Tak banyak kerenah dia tengok mak dah berkelubung dalam selimut tebal lepas makan ubat. Orang yang jarang tumbang bila sekali tumbang tetahu jer lah. Malam tu dah ada kebah sikit si azfar cakap ada kawan dia nak datang lepas solat Jumaat.  Alahai larat ker aku. 

Pagi tu bangun solat subuh rasa ada tenaga sikit.En Hubby pun dah OTW balik ke melaka. Bila bincang2 langsung buat jamuan kecil untuk family hubby. Masak paling simple....mee kari, sambal udang dan ketupat.  Okay ler kan masakan orang sakit. Abis masak pukul 5, suma anak bujang kena kerahan tenaga...terima kasih sayang. Di bawah ini disertakan sekali gambar untuk kenang-kenangan.

 
Bergambar ngan en. Hubby sementara tunggu tetamu.....

 Aksi hubby masa anak dia ambil gambar

 Pergh...tak tahan tengok gaya adib

 Tetamu tgh menjamu selera

 Group yang pertama dah selesai makan

 Tetamu terakhir baru nak menjamu selera

 Kopek jangan tak kopek udang tu...

 Gaya manja mak itey

 Kak ngah dengan gaya manja...

 mak itam lepak ngan anak buah

Amlong anak beranak

 Tetamu pertama yang sampai...

Puas hati tengok tetamu berselera makan.

Wednesday, August 22, 2012

Raya Aidil Fitri 2012....


Gambar Raya 2012

Tahun nie takde gambar ngan family Gemas :(, nak buat macam mana bila ada banyak perkara berlaku diluar jangka. Kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Masih dapat beraya dengan keluarga Batu Anam tapi perancangan beraya ngan keluarga di Bangkahulu tidak dapat dilaksanakan. Nak buat macam mana....ajal maut di tangan Allah jua. Malam raya kedua abang Ridhuan sepupuku telah kembali ke rahmatullah. Gembira dapat hantar mak pi melawat dan balik tu bawa Mak Tua ke Gemencheh.  Semoga aku panjang umur dan makwo serta pak itam juga panjang umur untuk aku bersalaman di raya tahun hadapan.

Gambar kenangan ngan En. Hubby...

Jangan tidak kenangan anak2 bersalaman ngan nenek gemas dan gambar dengan Cikcu...

 Bergambar dengan Cikcu ( adik bungsu ayah ) dan mak

 Azfar malu2 kena cium dengan nenek...he he he

 Azlan pula cium nenek...

 Giliran Azim....

Last sekali si Adib...

Azri jer yang takde sebab sibuk layan mata.....alahai anak mak sorang tu.

Something to think...



Jadikan pengajaran dan sempadan....bukannya bila ada hati yang dilukai barulah merasa menyesal atas kata2 yang diluahkan. Hati yang telah terluka tak mungin kembali kepada asal....parut yang ditinggalkan adakala tetap merasa sakit sekali sekala.
Posted by Picasa

Tuesday, August 21, 2012

Monday, August 13, 2012

13 Ogos bersamaan 24 Ramadhan 1433H



Tinggal 6 hari sahaja lagi kita berada di bulan Ramadhan, telah berjayakah kita melaksanakan ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas..Adakah kita akan diberi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan 1434H tahun hadapan....

Anyway.....untuk semua keluarga dan rakan2 sekalian....Selamat Menyambut Hari Raya...



Tuesday, August 7, 2012

HmmHmmm.....he hehe



Semoga kau dan aku bersatu hingga akhirnya.....dengan izin Allah


Favourite picture oleh my dear son





Saturday, August 4, 2012

16 Ramadhan....2012

Pejam celik sudah masuk hari ke-16 puasa.  Azim pun berjaya berpuasa penuh walaupun ada harinya dia  tersangat lembik ( main tak ingat...kih kih kih ).  Tahun nie terasa kelainannya berpuasa. 2 bujang teruna dah masuk asrama. Nasib baik Azim tak secerewet Azri masa berbuka.  Apa saja yang mak masak dia makan jer.

Minggu nie, minggu berbuka di rumah....anak2 semua balik....iskh pening plak nak fikir nak masak apa. Hari Jumaat dah masak kari ayam, ikan patin masak tempoyak, sayur dan tak lupa murtabak daging maggi.  Suka tengok memasing makan bertambah2.  Semalam menu tak berapa kena kot. Ikan terubuk bakar, lala goreng tomyam, jantung pisang masak dengan ikan masin dan tak lupa jejemput jagung jeragau.  Hari nie menu paling simple....masak nasi lemak sambal udang, tapi ada order murtabak maggi dan makaroni cheeze...he he he....tunggu dan lihat jadi ker tak...

Dah nak masuk dapur....kul 5 dah nak gerak hntr memasing balik asrama....bye bye....

Wednesday, August 1, 2012

Rindu.....




Special moment yang berjaya diambil oleh my dear son....thnx sayang. RINDUUUUU kat Encik Hubby...he hehe. Macam orang tgh hangat bercinta jer.....tapi yelah...bercinta sepanjang usia.