Posts

Showing posts from April, 2009

Dugaan lagi...

Dari pagi semalam bujang sulungku dah mula sakit perut. Bila sapu minyak angin dia rasa ok sikit aku pun biarkan dia berehat aje di rumah. Petang tu bila aku tengah melayan mabukku dia datang ke sisiku sambil merengek yang sakit perutnya tidak berkurangan dan sakit itu pada perut sebelah kanan bawah. Bila mendengar begitu terus bingkas aku bangun sehingga lupa mabuk yang melanda. Dari klinik Durian Tunggal terus kena admit kat GH. Nasib baik hari ini suamiku sudah berada di Malaysia.....sesungguhnya Allah tidak akan menduga lebih dari apa yang mampu kita tanggung.

Azim aku tinggalkan dengan pengasuh dan 2 lagi askarku berada di rumah dengan kak Wa. Mujur ramai yang berada di sisiku ketika aku begitu memerlukan mereka. Admit awal, tapi katil tiada kekosongan. Azfar menunggu di bahagian kecemasan berbaring di katil tambahan. Kesian bujangku sayang. Apa yang mengusik hatiku, si bujang tu bukannya menangis kerana perutnya yang sakit tapi menangis kerana sakit dicucuk beberapa kali nurs…

Latest news...

Apa baru yang berlaku hari ini...???...Oh ya aku dapat surat lantikan untuk mengisi satu slot dalam LDP ( Latihan Dalam Perkhidmatan ) minggu depan. Topik yang diamanahkan padaku ialah " Cara Membina Laman Web ". Wah! tengok tajuk macam pakar jer aku nak bagi bengkel. Tapi nie semua permintaan dari rakan2ku yang melihat blogku yang tak seberapa ini. He he he...ada gak yang berminat ngan blog budak hingusan nie.

Apa2 pun aku akan cuba yang terbaik untuk melaksanakan amanah yang diberi. Tengah draf item yang ingin dibentangkan nanti. Sekurang2nya jika 80% dari rakan2ku berjaya memiliki laman web sendiri, itu adalah kejayaan buatku. Semoga mabukku ini tidak menjadi penghalang untuk aku beraksi memberi yang terbaik buat rakan2ku....

Sebuah peringatan.....

Image
Cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan merasa runsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada apa yang orang lain ada... dan apa yang kita masih tidak miliki. Kita cemburu pada apa yang ada pada orang lain yang ingin kita miliki. Kerana terlalu taksub melihat milik orang lain... kita lupa pada milik yang kita ada. Padahal..jika kita halusi apa yang kita ada sebenarnya lebih indah dari apa yang orang lain miliki apa yang kita punyai adalah lebih berharga dari harta dalam poket orang lain. Belajarlah bersyukur dan menghargai walaupun apa yang kita miliki itu adalah sekecil2 nikmat dari ALLAH swt. Nikmat yang kecil adakala mampu menyembuhkan sakit yang besar.

Aku terima kata2 ini semalam dari adikku, mungkin dalam keadaan aku yang tidak berapa stabil sekarang aku seperti lupa bahawa segalanya adalah dari ALLAH. Kita harus belajar bersyukur atas setiap yang dikurniakannya. Adakala kita rasa seperti kita asyik terpaksa makan hempedu dan …

Buat buku merah....

Selepas 4 tahun dan dalam usiaku yang bakal menjejak 40 tahun dalam beberapa bulan lagi aku tidak pernah menjangka akan merasa untuk mendapat buku merah lagi....mungkin ada di kalangan rakan2 ku yang kurang arif apa dia buku merah. Buku merah ialah buku untuk pemeriksaan ibu mengandung. Hari ini aku merasa kurang selesa. Semalam entah macam mana anak2 ku sibuk nak beli durian. Aku tak sampai hati nak hampakan langsung beli durian 3 biji. Dah beli bukannya derang yg makan....mak buyung yg makan, bukan banyak pun aku makan...3 ulas jer, tapi kepala rasa kemeneng. Baru padan muka.

Bila dah risau takut aku dapat darah tinggi, itu yang terus pergi check up dan buat buku merah sekali. Nurse2 kat klinik tu semua dah kenal, semua gelakkan aku bila aku kata ter' accident'. Siap dapat mc lagi....hujung bulan nie dah kena minum air gula. Dgn history kandunganku yang banyak warna merah...apa lagi banyaklah langkah berjaga2 yg perlu aku patuhi.

Kadang2 sebagai insan biasa aku tidak boleh la…

Pemergian hubby....

Pukul 11 pagi tadi hubbyku dah bergerak ke madinah. Sebelum bergerak tadi setiap jam pasti aku terima call dari dia. Aku tak tahu apa yang bergolak di dada dia saat itu. Apa2 pun aku masih mendoakan dia agar selamat pergi dan selamat kembali. Sejahtera di sepanjang perjalanannya selama 8 jam itu. Dia akur dengan pendirianku bila aku enggan menghantar pemergiaannya dan juga aku tidak akan menyambut kepulangannya nanti. Tiada keperluan bagiku terutama tika dan saat itu orang lain di sisinyakan. Aku rasa sure teman2ku amat bersetuju dengan pendirianku ini....he hehe.

Mabuk aku semakin teruk....apa nak buat...tahan jer ler. Harap2 kali nie pun dalam tempoh 2 bulan nie jer. Kalau lebih....aku tak tahu mcm mana. Kekawan aku kat sekolah dah ramai gak yg tahu...terutama yg makan sama ngan aku. Mana tak masuk jer kantin dah mula tutup hidung. Pastu kalau takde cili api tak sah. Makanan yg aku ambil pun tak macam selalu. Nak sorok macam mana yer tak ? Lagi pun bukannya aku takde hubby yang nak d…

Dari seorang kawan....

Image
To forgive Is not to forget. To forgiveIs really to remember That nobody is perfect That each of us stumbles When we want so much to stay upright That each of us says things We wish we had never said That we can all forget that love Is more important than being right. To forgive is really to remember That we are so much more Than our mistakes That we are often more kind and caring That accepting another's flaws Can help us accept our own. To forgive is to remember That the odds are pretty good that We might soon need to be forgiven ourselves. That life sometimes gives us more Than we can handle gracefully. To forgive is to remember That we have room in our hearts to Begin again.

Operasi mengurut.....

Ha ha ha...hari ini semua kena kerahan tenaga oleh mak buyung, dari anak sampai ler apaknye. Best gak bila guna kuasa veto. Yelah masing2 nak adik baru dan anak barukan...bila mabuk dan loya takkan mak buyung nak tanggung sorang.....so dapat bermanja 2 jam tanpa henti dengan derang tadi kira ok ler untuk hari ini.

Dalam pada tu mataku dah kelabu tengok assigment yang tak siap2 ini. Nampak jer nombor2 tu tang tu juga aku rasa nak terjeluek....hai payah betul. Nasib baik paper yang terakhir dan aku harap paper ini tidak akan jadi mimpi ngeri buatku.

Minggu depan aku tinggal dengan anak2ku sahaja buat 2 minggu. Hubby pi umrah dengan orang lain. Anyway abang...mama mohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan dan minum sepanjang kita bersama...maafkanlah segala kekasaran tutur bahasa dan tingkah laku. Jika sampai ajal mama....pastikan anak2 terjaga dengan baik dan amanah mama yang mama beri secara lisan pada abang bersaksikan ALLAH swt. akan abang pegang…

Impian mak buyung....

Impianku tidaklah besar, aku tak pernah minta yang bukan2 sepanjang aku mengandung 5 orang anakku yang terdahulu. Aku lebih kepada isteri yang amat berdikari. Aku tidak pernah merengek2 minta ditemankan ketika pemeriksaaan kandungan....sama ada masa kandunganku yang pertama sehingga yang kelima. Ketika aku masuk ke bilik bersalin suamiku ku juga tidak menanti di bilik menunggu....selepas aku melahirkan aku juga tidak pernah dihadiahkan ciuman kasih sayang atas pengorbananku melahirkan anak2 buatnya....jangan tidak cuma genggaman tangan dan selepas itu perhatiannya hanya pada baby yang baru aku lahirkan.

Masa aku tengah menghadapi alahan awal mengandung aku juga tidak pernah dimanjakan. Tidak pernah tangan2 itu mahu mengusap belakangku untuk meredakan rasa mual yang menggelojak atas bisikan mesra menanyakan itu ini...malah aku yang harus menyediakan semua keperluan walaupun saat itu aku amat ingin merasa dimanjakan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Mungkin itu bukan hak yang sepa…

Baby girl angananku....he he he

Image
Nie dua jer gambar yang dapat aku jumpa yang besar......nanti aku cari lagi. Kadang2 kita impikan dulu barulah ia mungkin menjadi kenyataan......

Persediaan...

Ada beberapa perkara yang perlu aku beri keutamaan terutama dari kesihatanku sendiri, almaklumlah bila mengandung ketika usia menjejak usia emas seorang wanita. Jarang wanita bersedia untuk mengandung dalam usia sepertiku. Bila difikirkan semula aku akur dengan pemberian ini terutama bila ku pandang sekelilingku....ipar2ku yang sukar untuk mendapatkan anak walau mereka telah berusaha pelbagai cara, kawan2 rapatku yang masih mendambakan kehadiran baby untuk menyerikan hidup rumah tangga mereka. Jadi bukankah aku bertuah bila aku tanpa berusaha apa2 ALLAH kurniakan anugerah ini.

Ingin aku kongsikan satu cerita pada hari aku mengetahui aku mengandung, orang pertama yang aku telefon ialah ayahku, kerana ikatan antara aku dengan ayahandaku begitu rapat, selalunya apa yang bakal berlaku padaku sudah sampai ke pengetahuan ayahanda terlebih dahulu. Sebagai mukadimah aku bertanya kesihatan ibu dan ayahku.....lepas tu baru aku bertanya sama ada ayahku ada bermimpi apa2. Di saat ayahku memberi…