Saturday, April 4, 2009

Impian mak buyung....

Impianku tidaklah besar, aku tak pernah minta yang bukan2 sepanjang aku mengandung 5 orang anakku yang terdahulu. Aku lebih kepada isteri yang amat berdikari. Aku tidak pernah merengek2 minta ditemankan ketika pemeriksaaan kandungan....sama ada masa kandunganku yang pertama sehingga yang kelima. Ketika aku masuk ke bilik bersalin suamiku ku juga tidak menanti di bilik menunggu....selepas aku melahirkan aku juga tidak pernah dihadiahkan ciuman kasih sayang atas pengorbananku melahirkan anak2 buatnya....jangan tidak cuma genggaman tangan dan selepas itu perhatiannya hanya pada baby yang baru aku lahirkan.

Masa aku tengah menghadapi alahan awal mengandung aku juga tidak pernah dimanjakan. Tidak pernah tangan2 itu mahu mengusap belakangku untuk meredakan rasa mual yang menggelojak atas bisikan mesra menanyakan itu ini...malah aku yang harus menyediakan semua keperluan walaupun saat itu aku amat ingin merasa dimanjakan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Mungkin itu bukan hak yang sepatutnya aku rasai....aku sekadar wanita merangkap isteri yang mengandung kerana itu adalah tugasku.

Maaf....aku terlalu emosi hari ini. Mungkin semua ini telah terlalu lama aku pendam dan hari ini ia tidak lagi mahu berlegar dalam mindaku sahaja. Mereka tidak pernah mahu ambil tahu dan pasti tidak akan mengerti....hanya itulah impian mak buyung yang entah bila akan jadi kenyataan.....Hanya DIA yang mengerti.....

1 comment:

iqbalqis said...

semoga impian akak tercapai sepertimana impian para isteri2 yg sedang mengandung dan yang akan mengandung...amin