Tuesday, May 19, 2009

Bulan yang seimbang...

Macam yang aku ceritakan dalam post aku yang lalu terlalu banyak event penting yang berlangsung dalam bulan ini. Jumaat lepas aku baru sahaja menerima satu lagi berita gembira dalam hidup dan kerjayaku. Setelah berhempas pulas selama 6 tahun...mengandung 3 kali dan bersalin 2 kali akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian Luar Kampusku di UTM. Bukan sedikit pahit getir yang aku lalui dalam tempoh itu.....terima kasih ya Allah atas kasih dan sayangMU aku tetap teguh mengharungi segalanya, juga huluran tangan2 yang tidak aku kenali sepanjang ranjau gelap yang menyelubungi diriku ku lalui.

Sesungguhnya siapa aku tanpa kasih sayangMU....siapakah yang mampu menjadi tempat pergantungan yang lebih baik selain dariMu Ya Allah. Kaulah yang maha mengetahui akan segala sesuatu. Tidak Kau jadikan setiap perkara itu sia-sia. Berbahagialah orang yang redha dengan ujianMu. Semoga aku termasuk dalam orang mampu redha untuk setiap ujian yang Kau turunkan.....ammmmiiiinnnn

Putaran itu bermula kembali....

Tadi aku dapat call dari poliklinik Durian Tunggal minta aku datang ke klinik ambil surat arahan rujuk ke pakar. Alamak bermulalah kembali bulan-bulan yang aku akan menghadap doktor pakar atas sejarah kes mengandungku. Harap2 aku tidak dijadikan bahan uji....payah juga bila lain pada yang lainkan....ok....tarik nafas panjang2.....think positive....semuanya untuk kebajikan aku dan babykan. So jangan banyak komen...he he he....doakan aku ye kekawan...semoga aku dapat melalui semua ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran....

Friday, May 15, 2009

MGTT Test....

Test inilah antara yang menghantui aku setiap kali aku mengandung. Mentang2ler saiz aku beso....tak pernah miss kena ambil test nie. Pastu bukannya tahu setakat sekali jer, paling tidak dua kali aku kena minum air gula yang manis hingga 2 hari aku boleh rasa kat anak tekak aku. Anyway setakat ini aku masih lagi negatif untuk setiap kali ujian, so its mean kesihatan aku masihlah di tahap unggul walaupun saiz badan aku kiranya ehem...ehem...

Malam khamis tu aku dah mula puasa dalam pukul 10, dah tak boleh makan apa2 lagi. Tapi masih gak teguk air putih. Yelah dah haus...lagi pun air putih tu mana ada glukose dalamnyakan... he he h e saja jer buat undang2 sendiri. Nasib baik pagi Khamis tu hujan so amat menenangkan jiwa aku. Entah mengapa mengandung yg nie aku jadi macam puteri lilin, kena panas jer kulit aku terasa macam mencucuk2. Bukannya saja buat2....org tak percaya tak kisahlah...aku yg tanggung pepandai ler cari jln menyelamatkan diri.

Result darah tinggi OK, 70/110.....darah merah pun ok 12.9....berat naik pun dlm 1.2kg, berat yg memang disarankan untuk kenaikan peringkat awal mengandung. Dah siap suma, nurse yg biasa tu tanya aku....bila aku kena ambil darah kali kedua. Aku kata minum air gula pun belum lagi.... mengucap panjang dia. Apa lagi teus aku kena halau pi tempat minum air gula. Akibatnya aku kena puasa tambahan lagi 2 jam. Alahai nasib badan......dan di bawah ini adalah hasil ujian darahku itu.......

Hasil ujian darah MGTT kali pertama....

Rumusannya hasil ujian itu masih di tahap keputusan unggul he he he....

Thursday, May 14, 2009

Rumusan projek hujung minggu....

video

Selamat menikmati video aktiviti anak2 bujangku.....

Projek hujung minggu....

Kalau namanya anak lelaki tak sah kalau tidak melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Inilah pula nikmatnya bila kita ada kampung. Kat bandar mana nak cari air sungai yang jernih dan tidak tercemar. Walaupun sungai yang mengalir di kebun mak dan ayahku di kampung lebih merupakan anak sungai....tapi kira oklah bila mereka dapat melepas gian main sungai. Gambar yang di atas nie adalah port kedua mereka selepas port pertama mereka semakin terik dipanah mentari tengahari. Jom lihat....

Bukan main khusyuk suamiku dengan tugasnya.....

Benteng yang hampir siap....

Habis baju jadi mangsa....tu semua mak jugalah nak kena settlekan...

Pasak....jangan tak pasak....

Azim pun tompang sekaki.....

Kerjasama memindahkan benteng port pertama ke port yang kedua. Wah ! bukan main power hubby aku mengangkat batu besar.....anak2 punya pasal...he he he.

Angkat jangan tak angkat....angkut semua yang terdaya...

Matahari semakin terik atas kepala....semua lari cari port baru....

Semua nie nak guna ker ???....

Nampak perut gendut along yang paling ketara...

Korie di depan port pertama sebelum dirobohkan...

Bukan main mandur kecil memerhati.....ok ker dik ??

Senget kepala mandur kecil nak tengok benteng yang dibina lurus ker tidak..
Masa nie aku diarahkan balik untuk ambil bekalan makanan tengahari, tapi sampai jer mak dia kat tepi sungai....hujan pun turun. Maka berakhirlah projek sehari mereka. Makanan yang dah aku tapaukan tadi akhirnya dinikmati di laman rumah sudahnya...

Selamat Hari Ibu....





Seperti tahun2 terdahulu...hari ibu nie diraikan di antara harilahir 2 anakku....Muhammad Azlan dan Muhammad Azfar. Tapi tahun2 sebelumnya taklah diraikan pun. Cuma kadangkala aku belikan kek sebiji dan makanan ringan untuk dimakan bersama sepupu2nya. Tapi kali ini mereka telah bersedia awal dengan suamiku.....tersentuh juga naluri seorang ibu dan isteri bila kasih sayang kita dihargai. Bukan hadiah yang mahal yang menjadi perkara utama, tapi ingatan itu yang penting.
Bila aku baca kad dari azfar...pastu baca dari azlan...ayat dia lebih kurang sama jer. Nak jadi cerita bila diulas oleh azim yang belum tahu membaca tu....ayat yang dibina oleh bujang aku yg sorang tu lebih kurang jer ngan ayat yang ditulis oleh abang2nya. Maknanya memang sah mereka tu nalurinya sama....

Rezeki mak buyung....

2 bulan lepas kak Nurah bercerita tentang pekerja abg Pidi yang selalu memasang jaring masa menyiapkan jambatan di daerah Jasin. Bila mendengar mereka sering mendapat ikan sungai bila menarik jaring pada petangnya, mak buyung nie terujalah mendengarnya. Terus aku membuka mulut pada kak Nurah jika mereka mendapat tangkapan lagi aku nak beli sekilo. Apalagi gelak besarlah kak Nurah bila mendengar permintaanku itu. Mana tidak hasil tangkapan mereka itu lebih kepada ikan hiasan akuarium yg besarnya lebih kurang 2 jari. Aku pun terus mendiamkan diri. Yelah mungkin bukan rezeki aku....Awal bulan hari tu sempena hari buruh adikku yg duduk di tepi sungai pahang siap bawa ikan patin masak tempoyak yang di masakkan oleh ibunya. Lama sungguh aku tak merasa keenakan ikan patin masak cara orang pahang. Sekurang2nya terubat juga hajatku yg ingin makan ikan sungai.

Cerita tentang ikan sungai ini aku teringat zaman aku kanak2, terlalu mudah untuk aku mendapatkan bekalan ikan sungai. Aruah nenekku cukup gemar ikan putih yang besar 2 jari itu digoreng rangup cuma digaul dengan kunyit dan garam. Ikan putih nie jenis banyak tulang, kalau digoreng seadanya sahaja jawabnya ada tulang yg bakal tersangkut dianak tekak. Pastu ada ikan lais.....yang ini nenekku paling gemar masak cuka cara tradisi orang indonesia. Ada lagi pais ikan dan ikan putih yang dijadikan pekasam dicampur nasi. Begitu indah kenangan lalu.

Kembali kepada cerita kak Nurah, rupanya hajatku itu diceritakannya pada abg Pidi, dan mungkin memang sudah rezeki aku minggu lepas pekerjanya berjaya menjaring seekor ikan lampam hampir seberat sekilo. Gembira sungguh mereka dapat menunaikan hajat mak buyung sorang nie. Dan yang menjadikan kegembiraan itu berganda....ikan tu pula tengah bertelur. Hilang mabukku petang tu. Balik aje sekolah selepas merehatkan diri dalam setengah jam aku terus masuk ke dapur. Betul jangkaan ku ikan lampam itu memang bertelur dan telurnya dekat sepiring penuh bila siapku goreng. Nasib baik semua askarku tak pandai makan telur ikan....mak dia kenduri sorang2 ler...ops! berdua ler ngan baby....he he he.

Kat bawah nie aku dapat tunjukkan gambar yg aku ambil sebelum ikan itu dimasak jer. Lauk yg lepas siap masak tak sempat nak ambil. Mak buyung dah cukup teruja dengan ikan lampam masak cili api daun kunyit style orang negeri masak.....so babai jer ler ngan gambarnya....dah selamat masuk perut.....ha ha ha....

Ikan lampam yang mencecah hampir satu kilo.....

Sunday, May 3, 2009

Me n My Beloved Family...

Nie gambar kami sekeluarga yang terbaru yang ada dalam simpananku. Kejap sahaja masa berlalu...tengoklah si Along, dah dekat nak sama tinggi dengan ayahnya. Hujung tahun nie dah tambah satu lagi anggota keluarga. Semoga kami berjaya menjadi ayah dan ibu yang mampu menjaga amanah Allah swt dengan sempurna.

Masa yang berlalu....

Hari ini sudah 4 Mei.... 2 hari lagi harilahir Azlan, 7 hari lagi harilahir Azfar dan 24 hari lagi aku bakal menyambut ulangtahun perkahwinanku yang ke- 14. Banyak betul agenda bulan mei nie. Dan lagi 6 bulan akan lahirlah lagi seorang zuriatku. Tapi mengandung kali ini banyak betul dugaannya. Dengan umur yang meningkat dan juga persediaan mental yang kurang betul2 menguji kekuatan minda dan fizikalku. Hari ini kandunganku baru menjangkau usia 13 minggu tapi aku dah mula merasa kepenatan bila naik tangga. Apalagi kelasku banyak berada di tingkat 4. Terasa putus juga nyawa nak menyampaikan ke kelas. Manjaku pun menjadi2...tiap kali nak masuk kelas sudah pasti anak muridku dah terpacul untuk mengangkat barang cikgu kesayangan mereka ini. Kalau dulu mereka ku suruh balik ke kelas semula tapi sekarang kedatangan mereka memang ku nantikan.

Hari buruh tempohari aku balik kampung, bonda ku mengatakan kali ini perut aku agak besar dari selalu. Aku cuma tersenyum...yelah bila dah 6 orang yang ku kandung sudah pastilah perut yang membesar tidak akan mengecil semula. Umpama belon yang ditiup hingga kembang....sudah pasti tidak akan kembali ke bentuk asal. Janji aku sihat....he he he. Ramai yang mendoakan baby kali ini perempuan...aku pun berharap sama, masalahnya bila aku melihat rupa bentuk kandunganku....sama sahaja dari aku mengandung anak yang pertama. Ada harapankah yang keluar nanti mempunyai jantina yang berbeza dari abang2nya. Rahsia itu hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Alamak...kepalaku sudah mula memberat....babai semua....he he he