Monday, June 7, 2010

Cuti datang lagi.....

Aku dan cuti, bagi setengah orang amat menantikan cuti yang panjang...tapi aku sentiasa menanti kedatangan cuti itu dengan seribu satu macam rasa. Part pergi bercuti bersama tersayang memang ler aku nanti2kan....tapi part bila mereka semua berada di rumah dan tiada aktiviti yang khas semuanya jadi haru biru. Aku sudah pasti akan menjadi kancil yang tersepit di tengah2. Suamiku pasti akan berkata " mama, pastikan anak2 tidak akan menghadap TV, 24 jam...suruh mereka itu...suruh mereka ini...jangan bagi mereka asyik buat itu....jangan bagi mereka asyik buat ini. Di pihak anakku pula....mak masa nielah kami nak rehat...baru rasa nak main...asyik belajar aje ( nie jawapan khas dari korie )...yg lain ambil kesempatan jer. Sudahnya aku yang mati kutu kat tengah2.

Membesarkan anak zaman sekarang bukan mudah....kalau zamanku dulu mak ngan ayah senang jer. Tak dengar kata jer jawabnya rotan dah sampai kat badan. Tapi anak2 zaman sekarang, baru kena marah pun ada yg lari...paling tidak sudahnya mereka buat tak dengar jer dan aku yg tenggelam dengan kemarahan sebab arahan yang ku beri tak dipatuhi. Adakah suamiku faham semua itu. Dapatkah dia menyelami apa yang kurasa. Setiap hujung minggu dia bersama anak2 hanyalah part bersuka ria. Masa inilah bagi suamiku anak2ku boleh bermain2 dan bersantai. Manakala tugas mendisiplin semuanya terletak dibahuku.

Kadang2 aku merasa amat lelah...tapi apakan daya mereka anak2ku permata hatiku. Aku yang mengandung mereka selama 9 bulan dan menyusukan mereka dari saat mereka dilahirkan. Mereka tercipta dari cinta dan kasih sayang aku dan suami. Selelah manapun aku, aku perlu melaksanakan amanah yang terpikul di pundakku. Walaupun aku bermandi air mata dalam hati...diluar hanya senyuman indah buat mereka.Cuma bila aku dalam keadaan tidak berdaya nanti menanti kasih sayang mereka yg tidak bertepi buatku yang amat mengasihi mereka.

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...