Monday, April 13, 2009

Buat buku merah....

Selepas 4 tahun dan dalam usiaku yang bakal menjejak 40 tahun dalam beberapa bulan lagi aku tidak pernah menjangka akan merasa untuk mendapat buku merah lagi....mungkin ada di kalangan rakan2 ku yang kurang arif apa dia buku merah. Buku merah ialah buku untuk pemeriksaan ibu mengandung. Hari ini aku merasa kurang selesa. Semalam entah macam mana anak2 ku sibuk nak beli durian. Aku tak sampai hati nak hampakan langsung beli durian 3 biji. Dah beli bukannya derang yg makan....mak buyung yg makan, bukan banyak pun aku makan...3 ulas jer, tapi kepala rasa kemeneng. Baru padan muka.

Bila dah risau takut aku dapat darah tinggi, itu yang terus pergi check up dan buat buku merah sekali. Nurse2 kat klinik tu semua dah kenal, semua gelakkan aku bila aku kata ter' accident'. Siap dapat mc lagi....hujung bulan nie dah kena minum air gula. Dgn history kandunganku yang banyak warna merah...apa lagi banyaklah langkah berjaga2 yg perlu aku patuhi.

Kadang2 sebagai insan biasa aku tidak boleh lari dari perasaan tanda tanya apa hikmah disebalik semua ini. Dengan kehidupanku yang tunggang langgang dan bertarung dengan dugaan. Tapi satu perkara yang pasti ALLAH swt mengasihiku dan DIAlah penjaga yang paling sempurna buatku. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang aku harapkan dan aku diberi kesihatan yang baik sehingga melahirkan...

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...