Monday, May 31, 2010

Anniversary kami yang ke-15



Terasa begitu cepat masa berjalan dengan segala ombak gelora yang memukul jiwa. 15 tahun bukan satu jangka masa yang singkat untuk kita hidup bersama seseorang. Mengharungi onak dan ranjau berduri. Hanya dengan ketabahan dan berkat kesabaran sahaja itu semua berjaya diredah. Terlupa bila mana hubungan itu belum ditakdirkan sampai pada noktahnya selagi itulah ikatan itu tetap kukuh dari segala badai yang melanda.

Setiap kali datangnya 28 mei, bermakna bertambahlah tempoh ikatan yang terikat antara aku dengan suamiku. Begitu juga dengan kehadiran 28 mei kali ini. Banyak persiapan telah diatur tapi kini tinggal kenangan sahaja. Apa2 pun aku berpuas hati bila mana 50% berjalan seperti yang dirancang. Walaupun aku agak kecewa kerana buat sekian kalinya impianku untuk berjalan berpegangan tangan berdua dengan suamiku di bawah sinaran rembulan tidak tercapai. Sudah acap kali aku cuba menjadikan ianya realiti...tapi hingga kini aku telah bergelar isteri ia tetap sebuah impian yang belum kesampaian.

Mungkin terlalu banyak hikmat yang tersirat disebalik perhubungan kami. Dari bercinta hinggalah mendirikan rumah tangga kami sudah terbiasa berjauhan. Walaupun hakikat berjauhan itu sekian kalinya telah membuktikan bakal mengundang bencana tapi pilihan itu tiada padaku untuk memilihnya. Mahu atau tidak aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Jika aku memilih sebaliknya....aku tidak mampu hidup dalam duka nestapa hingga ke titis nyawaku yang terakhir. Lagipun siapa kita untuk mencatur kebahagiaan dalam hidup.

Apa pun sayang, bila mana kau punya masa untuk membaca catatan ini...ku harap kau tahu dan sedar betapa besarnya cintaku padamu lebih dari diriku sendiri....Dengan izin dariNYA...

Tuesday, May 18, 2010

Adib demam..






Sian betul adib, dia demam dari 13hb mei haritu. Bagi ubat tak juga surut2 demamnya. Sudahnya hari sabtu tu aku bawa juga dia jumpa Atuk Nik dia. Selalunya rakyat2ku jumpa jer Atuk Nik terus sihat. Petang sabtu kami bergerak ke KL. Tido rumah ummi, adib pun rilek aje. Demam dia pun macam dah sembuh. Pagi esoknya kami sekeluarga ke Taman Rimba Ampang, Adib masih lagi cool dan sibuk main gelak dan bachak ngan abang2nya.

Tengahari ahad, dalam perjalanan ke rumah makngahnya kenduri dia dah mula buat perangai, ingatkan just panas. Makan kat rumah kak ngah macam kena kejar pencuri. Adib dah menangis macam kena dera....semua orang dah tak tahu nak buat apa. Bayangkan baby yang paling cool dah jadi mcm orang kena hestiria. Alahai sian ayah yang baru nak menikmati masak asam nenek.

Malam tu merah2 dah mula naik. Rupanya adib kena demam campak keladi...yang timbul macam ruam tu. Besok bila dah minum air tawar atuk melaka, terus memerah satu badan. Nasib baik ragamnya dah hilang bersama keluarnya campak itu dari badannya. Mak pun dapat 2 hari cuti jaga Adib.....he hehe, tak rehat pun.

Monday, May 17, 2010

Adib semakin chubby....







Adib semakin membesar, tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Masih teringat macam mana aku menyaksikan wayar yang berselirat di tubuh badannya. Kini itu semua tinggal kenangan dan gambar2 rakaman itu telah hilang bersama beg tanganku yang kena curi tempohari. Biarlah...walau apa pun ingatan saat itu kekal dalam memoriku.

Bila rindu itu datang...




Bila rindu itu
datang menyapa
selembut bayu menerjah
halus mengulik
wajahmu berlegar
di ruang kalbu
mengisi...memenuhi setiap
ruang zarah yg kosong
Bila rindu itu
datang menyapa
ruh ku bergerak mencari
setiap sudut
jasadmu berdiri
dan rindu itu
hanya untuk mu sayangku.