Monday, March 7, 2011

Akhirnya kami bakal sampai lagi ke sana...

Penghujung 2004 dulu kami telah menunaikan haji bersama. Kami pernah berniat membawa kesemua putra kami untuk datang ke tanah suciMu dalam tempoh 5 tahun. Dengan izinNya kami dikurniakan rezeki yang mencukupi untuk menunaikan apa yng kami niatkan. Adakala duit bukan menjadi pokok utama untuk berangkat ke sana. Duit melimpah pun jika panggilan itu bukan untuk kita tiada gunanya. Hajat kami tidak kesampaian untuk mengunjungi tanah suci mu pada penghujung tahun lepas. Anak2 merasa sedikit kecewa, suamiku apatah lagi. Tapi itulah kita tidak dapat menentukan takdir. Kita cuma mampu merancang tapi semuanya Allah swt yang menentukan.

Alhamdulillah mungkin berkat kesabaran dan redha pada ketentuannya. Kami di panggil untuk mengerjakan umrah 10hb ini. Cuma tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum kami berlepas ke tanah suci...ALLAHHU AKBAR....ALLAHHU AKBAR....ALLAHHU AKBAR....
Sesungguhnya hidup dan matiku adalah untuk Mu Ya Allah....Terimalah perjalanan kami...biarlah setiap langkah dan setiap udara yang kami hirup hanyalah untukMU.

Gambar semasa perjalanan pulang dari mengerjakan haji 2004


Aku dan suamiku di hadapan masjid Qiblatain...

Semakin terasa debaran di hati....betapa dalam 2 hari lagi aku akan berada di tanah sucimu sebagai tetamu yang kau undang....ya Allah permudahkanlah perjalanan kami di sana. Berikanlah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi segala dugaaan....sesungguhnya aku menyerahkan diriku sepenuhnya dalam lindungan mu...Kaulah Maha Pelindung....


Wednesday, March 2, 2011

Bila melangkah....

Bila melangkah memasuki sesuatu yang baru sesungguhnya amat memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Amat sukar untuk sentiasa berfikiran selalu positif bila mana apa yang ada dihadapan kita terlalu berliku. Aku berjaya merealisasikan impianku tapi yang sukarnya sekarang untuk menjayakan impian yang telah aku realisasikan. Bilamana semua itu berkaitan dengan sumber kewangan dan memerlukan modal pusingan yang diharap tidak menjerut diri sendiri.

Melaksanakan tidak sesukar untuk memastikan ia berjaya. Tapi semoga dengan izinNYA segala kesukaran yang aku hadapi hari ini dibalas dengan sesuatu yang berbaloi untuk hari esok. Ya Allah tiada upayaku melainkan upaya dari MU....hanya padaMu aku berserah hidup dan matiku.