Thursday, December 29, 2011

Perginya permata hati....


Anak buahku Arshad b Mohd Nizam, masih terbayang di mataku keletahnya yang lasak baru dapat kaki dan mulut masa cuti Krimas baru2 ini. Begitu pantas masa berlalu....anak yang keletah dan manja sudah pergi meninggalkan kami. Kami begitu terperanjat mendengar berita kemalangan selasa lalu. Arshad jatuh dari kereta...berlaku perdarahan dalam kepala dan perlu dibedah. Jantung sudah berhenti berdenyut.... Ya Allah sedihnya mendengar perkhabaran duka itu. 3 hari dia bertarung tapi Allah lebih sayangkan dia... selamat bersemadi sayang. ...


Gambar aruah Arshad yg chubby...

Saat akhir Arshad sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...


Kau sentiasa dalam kenangan anakku.......Alfatihah....

Monday, November 21, 2011

Anak ku berjaya....

Tahniah buat anakku Muhammad Azlan kerana berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A dan dan ujian Aptitude dia dapat band 4. Semoga terus cemerlang dalam hidup dan menjadi anak yang soleh....

Friday, October 7, 2011

Masa berlalu....

Pantas betul masa berlalu....tahun ini lagi extra laju masa berlalu. Kalau aku berpaling ke belakang terasa macam baru semalam semuanya berlaku tapi kalau diukur jarak masa sudah melampaui 3 dekad. Banyak peristiwa penting berlaku tahun ini. Awal tahun nie aku berjaya menjadi tuan rumah menemukan rakan2 karib ku yang telah lebih 2 dekad tidak bertemu. Majlis yang penuh kenangan....

Tahun ini 2 anak bujangku akan mengambil ujian besar. Muhammad Azlan menduduki UPSR dan sekarang tengah berlangsung anak sulungku Muhammad Azfar tengah menduduki PMRnya. Doa kami sentiasa bersamamu permata hati ayah dan mak.

Awal pagi tadi aku dan suamiku sempat berbicara santai, sementara dua orang body guard tetap masih belum bangun tidur. Dalam waktu yang singkat ini aku mungkin akan tinggal bersama anak2 kecil ku sahaja. 2 lagi yang dewasa dah mula menebarkan sayapnya meneruskan kehidupan masing2. Aku dah terpaksa belajar menerima hakikat hidup yang akhirnya aku akan sendiri... tapi itulah kenyataankan, sampai bila kita perlu bergantung pada manusia. Akhirnya kita akan sendiri juga, tapi kalau kita bergantung dengan Allah swt...hingga akhir nafas DIA tetap akan bersama.

Kalau dulu.....satu ketika dulu jawapanku akan berbeza bila suamiku membuka cerita hari esok, tapi hari ini terlalu banyak benda yang boleh mengubah perjalanan hidup kita sekelip mata. Tiada apa yang pasti dalam hidup ini....sedangkan perjalanan dalam diri setiap detik berubah inikan pula benda diluar kawalan kita.

Banyak perkara manis yang indah untuk ku kenang begitu juga dengan pahit dan maung, semuanya seimbang....tapi kita jarang mahu mengenang perkara yang pahit dan maung. Bagiku itu semua sama penting sebab semua perkara itulah yang mendewasakan aku dan menjadikan aku manusia yang tegar menjalani ranjau dan onak berduri kehidupan.

Tuesday, September 6, 2011

Selamat hari raya 2011....

Atuk melaka dengan cucu2nya

Bergambar sekeluarga dengan ayah dan bonda tersayang

Bergambar bersama my dear hubby dengan ayah dan bonda

Me n my dear hubby


Semoga aku di panjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Terlalu pantas masa berjalan, usia bertambah setiap berubahnya tahun. Terima kasih Ya Allah atas rasa bahagia yang tidak bertepi Kau kurniakan padaku.

Sunday, August 21, 2011

22 Ramadhan....



Selamat menyambut Aidil Fitri buat semua sanak saudara dan sahabat handai....sepuluh jari di susun mohon kemaafan. Semoga kali ini bukan Ramadhan terakhir buat kita.

21 Ramadhan.....

Tinggal lebih kurang 9 hari sahaja lagi untuk umat Islam berpuasa. Begitu juga denganku....so many thing happened past few days, alhamdulillah berkat kasih sayangMU aku berjaya lalui dugaan itu dengan berlapang dada. Benar apa yang KAU janjikan...bila mendahuluiMU dalam semua hal pasti setiap langkahku akan terjaga.

Hari ini pertama kali kami berbuka tanpa tersayang untuk hari Ahad, tapi biarlah sudah menjadi kewajiban dia. Apa yang penting setengah hari hari ini telah kami lalui bersama dengan penuh makna. Luv u sayang ( psttt....sedap air mata kucing bekalan tadi )...

Thursday, August 18, 2011

Bila hati dilukai....

Bila hati dilukai.....
Ya Allah hanya padaMU aku mengadu,

Bila hati dilukai....
Ya Allah hanya Kau yang mengerti,

Bila hati dilukai....
Ya Allah hanya Kau yang mampu menyembuhkan,

Bila hati dilukai....
Ya Allah hanya padaMu aku serahkan sekeping hati ini,
Lindungilah dia...
Siramilah dia dengan kasih sayangMu
Agar aku tidak turut melukakan hati-hati lain,
Yang mungkin bakal menjadi satu yang aku kesalkan kemudian hari....

Sesungguhnya bila hati dilukai...
Ia mampu merobohkan kerajaan diri,
Walaupun ia cuma sekeping hati
Yang kecil cuma...

Semoga bila hati ini dilukai
Ia masih mampu sembuh dengan kasih sayangMU
Agar hati2 itu masih boleh bersatu
Dan terus mencipta bahagia bersama...

Thursday, August 4, 2011

Ramadan 1432H/2011...

Selamat datang Ramadan....betapa aku bersyukur aku masih berdiri untuk menerima kedatanganmu dengan datang terbuka. Terima kasih Ya Allah kerana memberiku kesihatan yang baik untuk aku beribadah kepadaMu pada bulan rahmat ini. Aku berasa amat bersyukur kerana Kau telah mengizinkan aku untuk sama2 dengan permata hatiku untuk mengerjakan solat terawih yang pertama yang jarang2 sekali dapat aku laksanakan selama ini.

Hari ini sudah masuk hari keempat Ramadan.....dan aku masih berpuasa, berterawih dan juga dapat membaca al-quran walaupun 4 muka surat setiap hari.....terima kasih Ya Allah pada nikmat MU...

Monday, July 25, 2011

Mutiara kata....






Satu ingatan.....



"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
[Al-Imran:120]


Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...
so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.

" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah: 212]


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]


Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan!
Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.


Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]


Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..

" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."

[Al-Baqarah:212]



Thursday, July 21, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Ramadhan semakin hampir...

Dalam 16 hari lagi lebih kurang Ramadhan datang lagi dalam hidup kami.....Alhamdulillah Kau masih menganugerahkan aku kesempatan untuk kembali menghayati nikmat Ramadhan. Walaupun apa2 sahaja mungkin berlaku dalam 16 hari terdekat ini aku tetap merasa bahagia yang aku masih bernafas dan semakin tegar menghadapi ujian hidup.

Setiap apa yang telah ditentukan kepada kita tak mampu untuk kita tepis. Cuma apa yang mampu kita lakukan ialah menerima dugaan itu sebagai satu cabaran untuk menaikkan tahap kita di sisinya. Dia yang menurunkan dugaan Dia juga yang akan membantu kita mengharungi semuanya. Dalam segala kepayahan aku masih lagi tergolong dalam hambamu yang beruntung. Aku masih mempunyai ayahanda dan bonda yang mengasihi aku setulus hati.....anak2 yang menyayangiku sepenuh hati dan suami yang masih di sisi. Berbanding orang lain yang juga mempunyai kepincangan dan mungkin lebih hebat dugaan dari apa yang pernah aku lalui.

Anak2 yang semakin membesar memerlukan 100% perhatian dan kasih sayang dariku. Bukan saja diriku yang utama....tapi mereka. Dalam masa yang sama aku perlu kuat untuk mereka. Ya Allah....terima kasih atas kasih sayangMu yang tak belah bahagi pada hambaMu yang hina ini. Kasih dan rahmat yang tidak putus2 walaupun aku alpa melaksanakan tugas sebagai hambaMu. Dengan kasih sayangMu Kau tetap melimpahi aku dengan rahmat dan kasih sayang yang tidak bertepi.

Ramadhan datang lagi.....impianku untuk melaksanakan terawih dengan anak2 semampu mungkin. Biarlah kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu kebahagiaan di hati kami. Mengajar kami akan makna keberkatan dan keredhaan....

Selamat datang Ramadhan....ku sambut mu dengan penuh kebahagiaan...

Wednesday, June 29, 2011

Goodbye June....

Hari ini hari terakhir bulan Jun. Biasanya bila sudah melampaui setengah tahun, masa berlalu bergerak lebih pantas. Tahun ini dua anak bujangku akan mengambil peperiksaan besar. Along dengan PMRnya dan Azlan pula UPSR. Semoga anak2ku sentiasa dibukakan Allah swt hatinya untuk menghadapi pelajaran dan menerima setiap ilmu yang gurunya perturunkan.
Tahun depan nampaknya setapak lagi aku harus melepaskan anakku dari jangkauan tanganku. Walaupun aku jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati mereka.

Wednesday, June 22, 2011

Atlast after 41 years of life....

Pertama kali dalam hidupku aku boleh berenang sendiri dalam laut dalam ( ngan life jaket ler kan ) selepas 41 tahun usiaku......fuh! pencapaian diri sendiri.

Bersama suamiku tersayang......luv u babe...

Another picture of us....thnx brother Xyman who makes my dream comes true...

Friday, June 3, 2011

Quote 4 the day.....


a relationship is not holding hands while u understand each other.....

it's about having lots of misunderstandings....

& still not leaving each other's hands.....









Saturday, May 28, 2011

My Anniversary Lunch with luv....

Ikan Siakap sweet sour


Sup sayur bebola ikan


Ketam cinta kasih




Dish of the day....happy tengok semua makan dengan berselera. Hilang penat tukang masak.....
Posted by Picasa

Something to think (2)

"When you are in difficulties, look upon the overcoming of them as a great adventure. Resist the temptation to be tragic, to give way to self-pity or discouragement; and approach the problems as though you were an explorer..., or an Edison working to overcome difficulties in connection with a new invention. You know that there is a way out of any difficulty whatever, no matter what it may be, through the changing of your own consciousness by prayer"

You choose your life. You choose all the conditions of your life, when you choose the thoughts upon which you allow your mind to dwell. Thought is the real causative force in life. You cannot have one kind of mind and another kind of environment.

If you change your mind your conditions must change too-your body must change, your daily work or other activities must change. Your whole life must change. We are transformed by the renewing of our minds.

‎"There is no need to be unhappy. There is no need to be sad. There is no need to be disappointed, or oppressed, or aggrieved. There is no need for illness or failure or discouragement. There is no necessity for anything but success, good health, prosperity, and an abounding interest and joy in life."

Happy Anniversary 2 me....



Wedding Anniversary Wishes For Parents. 60th wedding anniversary poems


Note :

Kadang2 kita perlu belajar dengan cara yang kasar untuk memiliki kebahagian diri sendiri. Semoga Allah sentiasa melindungiku dan terima kasih permata hatiku sekalian kerana sentiasa memberi kekuatan pada mak untuk menghadapi dugaan yang tidak bertepi ini.



Wednesday, May 25, 2011

Another 3 days to go....

Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan
dengan apa yang telah kau dan aku lalui
semoga kita lebih saling menghargai
bahwa semuanya
boleh berubah sekelip mata
kita cuma mampu merancang
tapi DIA juga yang menentukan ceritera akhirnya.



Thursday, May 19, 2011

Just 4 u my love....

Ku persembahkan buatmu suamiku buat hadiah ulangtahun perkahwinan kita yang ke-16, mungkin harganya tidak semahal mana tapi nilainya itu yang lebih penting bila mana clip video ini aku hasilkan dengan penuh rasa kasih dan sayangku buat mu.

Suamiku....


Suamiku sayang,
tahukah kau apa yang aku dambakan ketika bersamamu....
bukan wang ringgit yang boleh mengaburi mata ramai orang
tapi cukuplah sekadar sentuhan kasih sayang yang terpancar tulus dari matamu...
bukan juga masa yang berjam
tapi cukuplah sekadar sedetik ciuman kasih di ubun2ku
bukan kata2 yang tak bermakna tatkala bersama
tapi cukuplah sekadar sentuhan berpegangan tangan
yang melahirkan lebih dari seribu kata-kata.

Sayangku.....
Dalam tempoh masa 16 tahun aku menjadi surimu..
sudah tentu aku tak lepas dari menggores rasamu
Bukan kerana aku tak sayang
bukan juga kerana aku tak hormat
tapi aku hanya insan biasa yang punya rasa
Hati yang tersentuh pasti ingin menyentuh juga

16 tahun kebersamamu
ku hadiahkan kau dengan izin Allah 6 permata belahan jiwa
peneman hari tua
sebagai bukti kau dan aku bersama
menjadi jambatan untuk 2 belahan jiwa.

Kini tarikh itu datang lagi
bererti bertambah lagi masa yang telah ku habiskan di sisimu
menjadi peneman perjalanan hidupmu
dalam duka dan ceriamu.

Mampukah aku terus berada di sisimu
adakah kau akan menemaniku di saat tuaku
terus menjagaku dengan kasih sayang yang amat sukar kau pamerkan
membutuhkan aku menebak dalam rindu
bernilaikah aku di sisimu
atau sekadar pelengkap tatkala perlu.

Sayangku...
Inilah luahan rasaku
yang kusampaikan dengan penuh syahdu
buatmu lelaki yang bernama suami...

Something 2 think...




Ketika kerjamu tak dihargai saat itu kau sedang belajar erti KETULUSAN

Ketika usahamu dinilai tak penting saat itu kau sedang belajar erti KEIKHLASAN

Ketika hatimu terluka sangat dalam saat itu kau sedang belajar erti MEMAAFKAN

Ketika kau merasa sepi & sendiri saat itu kau sedang belajar KETABAHAN

Ketika kau harus membayar biaya yg tak seharusnya kau tanggung

saat itulah kau sedang belajar erti KEMURAHAN HATI ♥

Wednesday, May 18, 2011

Another 10 days to go....



Betapa pantas masa berlalu.....
seperti baru semalam aku aku menjadi surimu,
Apakah nilai 16 tahun kita bersama..?
Cukupkah apa yang ku persembahkan padamu..
atau masih punya ruang kosong
perluku tampung dengan cindai cinta...
Saat ku memejamkan mata
Mungkinkah esok kau tetap berada di sisi
menemani hari tuaku
Atau cuma aku yang masih berdiri
Mengukur waktu perjalanan diri...
Cukupkah apa yang ada selama ini..
Buat bekalku untuk esok hari...
Menemui KAU yang Maha Esa...



Puisi cinta....





Cinta yang Agung

Adalah ketika kamu menitiskan air mata
dan masih peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sembari berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil
…Bebaskan dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu tidak perlu mati
bersamanya

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh.. (Kahlil Gibran)


Saat itu.....

Berawal dari sebuah hati, aku mampu merasakan betapa indahnya dirimu.
Berawal dari sebuah langkah, ku mampu berjalan dan mencari sisi baik dari hidup ini.
Berawal dari segenggam keterburukan jua, aku mampu meraih semua kelebihan yang sementara ini.
Berawal dari beberapa kalimat, aku bisa merubah hari-hari ku.

Mulailah hadir rasa memiliki,mengasihi,menyayangi,dilindungi, dicintai dan mencintai…

Kau tau? aKu menjadi milikimu disaat terlihat segaris kerutan di dahimu.
Kau tau? aKu mengasihimu disaat kau memancarkan aura senyummu yg ikhlas.
Kau tau? aKu menyayangimu disaat perlahan hujan turun membasahi setiap titik di tubuh ini.
Kau tau? aku terasa dilindungi ketika sehelai rambutku jatuh terbawa tangisan yg begitu sangat dalam.
Kau tau? aKu mencintaimu di kala kita di syurga.

Walaupun Tak sedetikpun Aku Ingat,
Walaupun Tak sedetikpun Aku Merasakannya,
Dan…
Walaupun Aku tak tau kemana kasih-ku pergi.

Tetapi aku yakin, itu adalah sesuatu keadaan dimana kebahagiaan ku memuncak.

Yang kulakukan saat ini hanyalah berusaha menemukan dimana kasihku berada.

Walaupun dalam perjalan itu, aku harus tertatih-tatih dan terperosok kedalam jurang yang dalam,
walaupun badai menghantam ku bertubi-tubi,
walaupun jeritan-jeritan hati bermunculan dalam diri,
Walaupun tak ada yang bisa kupersembahkan untukmu di saat kita bertemu nanti,
walaupun satu-persatu anggota tubuhku menghilang dalam perjalanan ini.
Tetapi aku memohon kepada tuhan, untuk menyisakan hatiku untuk mu.

Terimalah, semua keadaanku saat ini…
semua ini terjadi karna kesetiaan yang tidak bertepi terhadapmu…

Hingga sekali lagi sampai pagi ini, belum jua ku temukan kasihku itu

Persiapkan dirimu,
Karna aku kan datang untuk menjemput semua kebahagiaanku.

kau kekasihku....

Monday, March 7, 2011

Akhirnya kami bakal sampai lagi ke sana...

Penghujung 2004 dulu kami telah menunaikan haji bersama. Kami pernah berniat membawa kesemua putra kami untuk datang ke tanah suciMu dalam tempoh 5 tahun. Dengan izinNya kami dikurniakan rezeki yang mencukupi untuk menunaikan apa yng kami niatkan. Adakala duit bukan menjadi pokok utama untuk berangkat ke sana. Duit melimpah pun jika panggilan itu bukan untuk kita tiada gunanya. Hajat kami tidak kesampaian untuk mengunjungi tanah suci mu pada penghujung tahun lepas. Anak2 merasa sedikit kecewa, suamiku apatah lagi. Tapi itulah kita tidak dapat menentukan takdir. Kita cuma mampu merancang tapi semuanya Allah swt yang menentukan.

Alhamdulillah mungkin berkat kesabaran dan redha pada ketentuannya. Kami di panggil untuk mengerjakan umrah 10hb ini. Cuma tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum kami berlepas ke tanah suci...ALLAHHU AKBAR....ALLAHHU AKBAR....ALLAHHU AKBAR....
Sesungguhnya hidup dan matiku adalah untuk Mu Ya Allah....Terimalah perjalanan kami...biarlah setiap langkah dan setiap udara yang kami hirup hanyalah untukMU.

Gambar semasa perjalanan pulang dari mengerjakan haji 2004


Aku dan suamiku di hadapan masjid Qiblatain...

Semakin terasa debaran di hati....betapa dalam 2 hari lagi aku akan berada di tanah sucimu sebagai tetamu yang kau undang....ya Allah permudahkanlah perjalanan kami di sana. Berikanlah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi segala dugaaan....sesungguhnya aku menyerahkan diriku sepenuhnya dalam lindungan mu...Kaulah Maha Pelindung....


Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...