Tuesday, April 14, 2009

Sebuah peringatan.....

Cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri.
Kita selalu memikirkan dan merasa runsing dengan apa yang masih tidak kita miliki.
Kita cemburu pada apa yang orang lain ada...
dan apa yang kita masih tidak miliki.
Kita cemburu pada apa yang ada pada orang lain yang ingin kita miliki.
Kerana terlalu taksub melihat milik orang lain...
kita lupa pada milik yang kita ada.
Padahal..jika kita halusi
apa yang kita ada sebenarnya lebih indah dari apa yang orang lain miliki
apa yang kita punyai adalah lebih berharga dari harta dalam poket orang lain.
Belajarlah bersyukur dan menghargai walaupun apa yang kita miliki itu adalah sekecil2 nikmat dari ALLAH swt.
Nikmat yang kecil adakala mampu menyembuhkan sakit yang besar.


Aku terima kata2 ini semalam dari adikku, mungkin dalam keadaan aku yang tidak berapa stabil sekarang aku seperti lupa bahawa segalanya adalah dari ALLAH. Kita harus belajar bersyukur atas setiap yang dikurniakannya. Adakala kita rasa seperti kita asyik terpaksa makan hempedu dan kita begitu membencinya....tapi kita lupa ubat yang paling mujarab biasanya adalah sepahit hempedu. Jarang ubat yang manis mampu menyembuhkan tapi makin memudharatkan.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...