Wednesday, April 8, 2009

Pemergian hubby....

Pukul 11 pagi tadi hubbyku dah bergerak ke madinah. Sebelum bergerak tadi setiap jam pasti aku terima call dari dia. Aku tak tahu apa yang bergolak di dada dia saat itu. Apa2 pun aku masih mendoakan dia agar selamat pergi dan selamat kembali. Sejahtera di sepanjang perjalanannya selama 8 jam itu. Dia akur dengan pendirianku bila aku enggan menghantar pemergiaannya dan juga aku tidak akan menyambut kepulangannya nanti. Tiada keperluan bagiku terutama tika dan saat itu orang lain di sisinyakan. Aku rasa sure teman2ku amat bersetuju dengan pendirianku ini....he hehe.

Mabuk aku semakin teruk....apa nak buat...tahan jer ler. Harap2 kali nie pun dalam tempoh 2 bulan nie jer. Kalau lebih....aku tak tahu mcm mana. Kekawan aku kat sekolah dah ramai gak yg tahu...terutama yg makan sama ngan aku. Mana tak masuk jer kantin dah mula tutup hidung. Pastu kalau takde cili api tak sah. Makanan yg aku ambil pun tak macam selalu. Nak sorok macam mana yer tak ? Lagi pun bukannya aku takde hubby yang nak dimalukan...malah dalam menempuh dugaan macam nie aku masih berjaya di "termengandungkan". Kira terrer ler hubby aku tambat hati aku.

Kekadang ada perkara diluar kawalan kita....tak mampu kita tolak walau kita telah berusaha bersungguh-sungguh. Itu yang terjadi pada diriku. Onething aku rasa bangga pada diriku sendiri kerana berjaya mempertahankan hak aku di sisinya demi anak2 dan orang2 yang mengasihiku. Paling penting ALLAH masih ingin kami terus bersama sebagai suami isteri. Kita kadangkala kalah bertarung dengan perasaan sendiri terutama rasa marah yang membuak2. Tapi bila semuanya sudah reda....mungkin pilihan pertama yang kita pilih tadi bukan merupakan pilihan terbaik buat jangka masa panjang. Bila kewarasan kembali menguasai diri keputusan yang membabi buta hanyalah membawa kedukaan yang berpanjangan buat diri kita.

Setiap yang dirancang oleh ALLAH adalah 1000 kali ganda lebih baik dari perancangan kita. Hanya DIA yang mengetahui yang tersirat dan tersurat. Dalam masa yang sama siapa kita untuk meragui setiap apa yang telah diaturNYA untuk kita. Bagiku selagi kita mampu redha dengan setiap apa dugaan yang hadir dalam diri....kita akan menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Semoga doa dan harapan dari teman2 dan orang2 yang amat mengasihi aku mampu menjadi azimat untuk aku terus melalui ranjau dan liku2 dalam kehidupanku...

No comments: