Wednesday, February 16, 2011

Adib semakin aktif....

Telatah anak bujang bongsu ku.....


Adib tengah ready nak masuk berkhemah dalam locker..

Santai jer...




Sakit....

Aku jarang sakit.....mungkin sebab aku yg jadi tonggak untuk anak2ku. Tapi malam tadi aku betul2 rasa tak berdaya. Bau lambchop yg anak2ku masak untuk mak dia untuk makan malam begitu menggugat deria rasaku. Semuanya bercampur satu....gelodak perut dan segala isi yang menanti saat untuk berhambur keluar.....Alahai. Pukul 3 pagi rasa tak tertanggung rasanya. Habis segala minyak aku sapu ke perut dan hidung...alhmdulillah dapat juga aku melelapkan mata.

Satu hari kat sekolah ari nie suma bertanya mulut riuh ku. Senang jer nak tahu aku sihat ker tidak. Kalau selalu ada saja terdengar suara usikan ku di meja rehat kami...tapi hari ini sunyi sepi. Muka ku yg pucat telah menggambar segala2nya. Biasa ler sihat lawan nyer sakit....cuma kali ini sakit time takde tempat bermanja....semoga aku bertambah sihat esok.

Saturday, February 12, 2011

My dream...my reality at last...


TERATAK ACASIA HOMESTAY


Gambar kemudahan yang disediakan

Ruang tamu yang selesa

Bilik 1 & 2 yang selesa

Bilik utama yang luas

Gambar dari depan Teratak Acasia.

Tahun ini aku mendapat hadiah berganda untuk harijadiku sempena tahun arnab. Hadiah yang ku terima bermula penghujung bulan Januari aku mendapat kunci untuk Teratak Acasia. Kelam kabut aku melengkapkan segala pekakas rumah untuk mengejar kedatangan Tahun Baru Cina mana tahu Allah swt menganugerahkan impianku menjadi kenyataan. Alhamdulillah apa yang aku impikan tercapai, walaupun pada mulanya segala iklan yang aku dan adikku lakukan tidak menampakkan apa2 berita yang menggembirakan. Panggilan pada hari selasa 1.2.2011 bermulalah episod baru untuk Teratak Acasia.

Pada 8.2.2011, aku lagi sekali mendapat khabar gembira. Surat tawaran DG41 ku telah sampai ke Jabatan Pendidikan Melaka, aku dikehendaki mengambilnya sendiri. Alhamdulillah Ya Allah atas kurnia yang Kau berikan kepadaku. Akhirnya segala penat lelahku selama 7 tahun terbalas sudah. Perjalanan yang kulalui dengan onak dan ranjau yang betul2 mengujiku sebagai hambaNya.

Kini semua dokumen yang dikehendaki oleh surat tawaran itu telah aku lengkapkan, tinggal menunggu datangnya Isnin untuk aku pos ke alamat yang di tetapkan.

Semalam aku menerima lagi satu hadiah yang tidak diduga. Suamiku menemaniku mencari chalet untuk mega reunion batch STJku. Pagi2 lagi kami telah bergerak dari rumah. Selepas sahaja sarapan dan menghantar anak bujangku ke kelas tambahannya kami bergerak ke destinasi. Dari satu chalet ke satu chalet kami telusuri.....tapi semuanya hampa. Sebelum bergerak balik suamiku ingin mencuba meninjau chalet2 di kawasan Kemunting. Alhmdulillah bila dah rezeki tu kan. Dalam perjalanan balik suamiku menunaikan janji nyer dulu. Kami ronda pusing2 melaka dengan keta. Feel so nice....since selalunya kami gagal untuk pi dating bersama. Thnx sayang....