Thursday, April 2, 2009

Persediaan...

Ada beberapa perkara yang perlu aku beri keutamaan terutama dari kesihatanku sendiri, almaklumlah bila mengandung ketika usia menjejak usia emas seorang wanita. Jarang wanita bersedia untuk mengandung dalam usia sepertiku. Bila difikirkan semula aku akur dengan pemberian ini terutama bila ku pandang sekelilingku....ipar2ku yang sukar untuk mendapatkan anak walau mereka telah berusaha pelbagai cara, kawan2 rapatku yang masih mendambakan kehadiran baby untuk menyerikan hidup rumah tangga mereka. Jadi bukankah aku bertuah bila aku tanpa berusaha apa2 ALLAH kurniakan anugerah ini.

Ingin aku kongsikan satu cerita pada hari aku mengetahui aku mengandung, orang pertama yang aku telefon ialah ayahku, kerana ikatan antara aku dengan ayahandaku begitu rapat, selalunya apa yang bakal berlaku padaku sudah sampai ke pengetahuan ayahanda terlebih dahulu. Sebagai mukadimah aku bertanya kesihatan ibu dan ayahku.....lepas tu baru aku bertanya sama ada ayahku ada bermimpi apa2. Di saat ayahku memberitahuku yang dia bermimpi menimang cucu baru, aku tak tahu sama ada aku ingin ketawa atau sebaliknya. Bukan apa kekadang ayahku ini gemar berseloroh.....tapi dah memang telahan itu betul aku akui sahaja. Rupanya ayah dan ibuku baru sahaja membicarakan tentang aku...mimpi ayah dan tingkah laku azim semasa balik bercuti tempohari.

Entahlah....walaupun aku cuba menyiapkan diriku, tapi rasa kebimbangan masih bertahta di hati. Kebelakangan ini kandungan2 ku 2 yang terakhir adalah bermasalah....jadi tidak mustahil yang ini juga turut bermasalah. Walaupun begitu kita sebagai hamba sentiasa diberi peluang berdoa dan meminta....sesungguhnya siapalah aku tanpa DIA. Ya ALLAH.....tiada daya dan upayaku melainkan upayaMu jua....bantulah aku untuk mengharungi lebih kurang lapan bulan ini Ya Allah....ammmiiiiinnnnn.

No comments: