Friday, January 30, 2009

Anak2 dan Aiskrim....

Kanak2 dan aiskrim memang tidak boleh dipisahkan....begitu juga dengan permata hatiku. Bagaimana mereka menghurungi ayah mereka untuk mendapatkan aiskrim masing2....he he he ....anak....anak...

Azim peserta pertama yang merengek nak aiskrim dari ayahnya..

Along pun tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bahagiannya..

Bila tengok along dah dapat aiskrim.....mana boleh tahan, alan pun nak juga tumpang sekaki...


Last sekali Korie pula yang join....biasa ler bila pasal makan anak mak yang sorang nie manjang jer ketinggalan....
Dalam cuaca yang panas aiskrim yang sejuk tu bukan main cepat cair.....apa lagi, aku pun menghulurkan bantuan kat si kecil tu menjilat aiskrim yang mula nak meleleh kat tangan..... hangin sayang aku.....sudahnya kena ganti aiskrim dia lagi sebatang....he he he



Monday, January 26, 2009

Pesta Tahun Baru Cina.....





Pesta Naga dah bermula......Jumaat lepas masa aku ngan hb bawa anak2 kami ke kelas berenang dapatlah menikmati pesta bunga api secara percuma. Hb siap rakam...nanti ler bila aku sempat ambil dari dia aku masukkan di sini. Dalam perjalanan balik kami terserempak dengan naga yang terang benderang dalam gelap.....panjang woi!!!! dekat 50 m. Bila dia jer yg bercahaya dalam gelap impaknya begitu menarik sekali....betul tak ?



Me n Hubby



Gambar masa kami bercuti di PD baru2 ini, kena dera ngan bujang kecil. Azim menunjukkan kepakarannya mengambil gambar kami.....siap suruh kami posing macam2. Nasib baik tak tersembur nasi lemak yang suamiku makan. Semoga kasih sayang itu terus menyelubungi hidup kami walaupun bagaimana berat dugaan melanda.

Sunday, January 25, 2009

Quote 4 the day....


When in doubt, my friends, show up early.
Think less. Feel more. Ask once. Give thanks often. Expect the best.
Appreciate everything. Never give up. Make it fun. Lead. Invent. Regroup. Wink. Chill. Smile.

Wednesday, January 21, 2009

Birthday boy.....after one month...

Masa birthday anakku bulan lepas kami tidak raikannya dengan sempurna, banyak sangat aralnya dengan rumah kami masuk pencuri. Selepas satu bulan, neneknya meraikan birthday cucunya ini dengan sepupunya Ahmad Bukhari. Azim dapat cheese cake.. Si Amad lak dapat blue berry cake. Semoga anakku sentiasa diberkati ALLAH....


Cheese Cake si Azim

Birthday boy of the day...Ahmad Bukhari

Birthday boy lama tengah khusyuk aminkan doa atuk.

Penat sangat tunggu atuk habis baca doa...

Tuesday, January 20, 2009

Aktiviti malam Sabtu....

Dah 2 minggu anak2ku masuk kelas berenang, dan sudah dua minggu juga aku dating dengan suamiku di Taman MPBB sambil berpegangan tangan. Kadang2 kita tidak menyedari keperluan untuk masa2 bersama itu sehinggalah dugaan datang melanda. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati semua itu oleh NYA. Berjalan2 santai sambil menghirup udara malam yang segar di taman....melihat gelagat si kecil Azim cuba menarik perhatian kami melihat tingkahnya begitu menghiburkan. Terasa masa itu berhenti untuk kami nikmati. Hari esok masih jauh dari jangkauan. Tidak ada manusia yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku esok unless mereka adalah dari kalangan manusia terpilih yang telah dibuka hijab masa untuk mereka. So aku antara manusia biasa itu hanya mampu menikmati apa yang terbentang di depanku. Bukankah itu satu rahmat ALLAH swt yang perlu aku hargai. Satu peluang sama ada kecil atau besar tidak selalu datang menjengah. Apa yang perlu kita buat ialah ambil semua peluang yang ada agar suatu hari nanti kita tidak akan menyesal melepaskan peluang2 kegembiraan yang datang menyinggah.

Monday, January 19, 2009

From somebody I care....




Peringatan buatku....

Sebagai manusia kita kadang2 lupa bahwa ujian sentiasa menanti dan dugaan itu akan datang silih berganti. Ketabahan kita banyak bertitik tolak pada iman di dada untuk menepis segala bisikan syaitan. Selalunya bisikan yang sukar ditepis datang dari dalam diri. Pertarungan diri payah untuk ditentukan menang dan kalah. Kadang2 kalah jadi abu dan menang pun hanya mampu jadi arang. Apa yang mampu kita lakukan ialah sentiasa berdoa dan berdoa....doa merupakan senjata yang paling ampuh untuk umat islam. Semoga dengan doaku yang diberkati aku sentiasa berada di atas jalanMU yang lurus dan diredhai.

Di sini aku letakkan some artikel untuk dikongsi bersama....

Adapun empat golongan perempuan yang akan menjadi penghuni neraka ialah, pertama, mereka yang lancang atau jahat lidahnya terhadap suami. Tidak memelihara diri ketika suaminya tiada, tetapi ketika suaminya ada, dia menyakitinya dengan lidahnya.Kedua ialah perempuan yang membebankan suaminya dengan beban yang tidak upaya dilakukan oleh suami. Ketiga ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada lelaki dan keluar rumah dalam keadaan berhias, manakala golongan keempat ialah perempuan yang tidak mengambil berat, kecuali makan, minum dan tidur, tidak minat sembahyang, juga tidak taatkan Allah, rasulnya juga tidak taatkan suami. Wanita seperti ini, andainya keluar dari rumah tanpa izin suami, mereka adalah dalam keadaan tercela, dan akan menjadi penghuni neraka kecuali ia bertaubat.

Seorang telah datang untuk menemui Saidina Umar r.a kerana hendak mengadu tentang tingkah-laku isterinya, lalu dia berdiri di hadapan pintu rumah beliau, menunggunya keluar. Ketika itu dia mendengar isteri Umar sedang meleter bercakap panjang. Pada hal Umar diam sahaja, tidak melawan cakap, lalu lelaki tadi beredar.

Dia terfikir, “kalaulah begini keadaan Umar, seorang lelaki yang tegas dan keras dan seorang amirul ‘l-Mukminin, bagaimana pula hal aku?”Umar keluar dan melihat lelaki tadi sedang membelakangkan pintu rumahnya beredar pergi, lalu ia memanggilnya, bertanyakan apa hajatnya. Lelaki itu menjawab, “ya amiru ‘l-mukminin, saya datang hendak mengadu tingkah-laku isteri saya dan menunggu tuan. Saya mendengar kata-kata isteri tuan, lalu saya hendak beredar pergi. Kalaulah keadaan seperti ini berlaku kepada tuan, kenapa pula saya tidak boleh bersabar!”

Umar menjawab, “saudara! sesungguhnya saya telah membebankan ke atasnya tanggungjawab saya. Dia memasak makanan untuk saya, membuat roti, membasuh pakaian, menyusu anak untuk saya, pada hal semuanya itu bukan sesuatu yang wajib dilakukan olehnya. Kerananya hati saya tenang, selamat daripada benda haram. Sepatutnya tugas itu saya lakukan!”Mendengarkan kata-kata itu, lelaki itu berkata “ya amirul Mukminin, isteri saya pun sama macam itu,” Sayyidina Umar berkata: “Bersabarlah. Ia tak lama!”Hidup berumahtangga, lebih-lebih lagi bagi yang beristeri lebih dari satu selalunya menghadapi pelbagai masalah. Allah menjadikan cemburu itu sifat semula jadi manusia, lebih-lebih lagi wanita. Rasa cemburu sering menyebabkan manusia seumpama membelakangkan hukum-hukum Allah, lebih- lebih lagi mereka yang kurang memahaminya.

Sunday, January 18, 2009

Just wonder....

Aku perasan post aku kebelakangan ini banyak berkisar pada kehidupan rumah tangga. Kadang2 kita tak boleh lari dari memikirkan semua itu apalagi mereka yang telah berumahtangga. Sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik daripada kuyup kehujanan. Bagi mereka yang mempunyai ketahanan badan mungkin tidak menjadi masalah kuyup kehujanan tapi bagi yang macam aku yang past2 sahaja silap2 mau demam berminggu2...he he he. Apa pun itu semua realiti kehidupan yang perlu dihadapi sama ada mahu atau tidak. Semoga semua yang membaca post aku ini turut mendoakan aku agar tetap tegar mengharungi masalah yang melanda.

Thursday, January 15, 2009

sesuatu yang dikongsikan....

Bila bacaan yang kita temui itu mampu dimanfaatkan rasanya tidak salah jika dikongsikan, begitulah yg ditulis oleh ustaz Hasrizal, terlalu banyak artikel yg menyentuh rasa. Kekadang bila aku merenung diri....terlalu kerdil diri ini dari mereka2 yang berhati besar. Anyway setiap saat cubaan kita untuk memperbaiki diri sudah tentu akan diberkatiNYA kan....

Artikel yang aku pilih hari ini ialah
" Erti sebuah rumahtangga "....

TUJUAN BERUMAHTANGGA

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.

Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.

PENGHARGAAN BUAT ISTERI

Terima kasih kepada isteri saya kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.

Terima kasih juga kepada isteri saya kerana tidak menambat kaki ini untuk terikat di rumah. Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan.

Terima kasih kepada isteri yang mentaati Allah. Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Saya sentiasa percaya bahawa isteri saya mentaati Allah dan dijaga oleh Allah sepanjang pemergian saya. Isteri saya juga percaya bahawa saya mentaati Allah dan dijaga-Nya sepanjang masa saya meninggalkan rumah.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya…

Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu. Ameen…

Wednesday, January 14, 2009

Kata2 nasihat.....

Satu lagi petikan artikel yang aku ambil dari SAIFULISLAM.COM untuk dikongsi bersama....


Amat banyak kes penceraian berlaku, walaupun rumah tangga sudah mencecah 15 ke 20 tahun. Dan hasil kajian, puncanya pelbagai tetapi ada di antaranya yang sungguh menyedihkan. Apabila mencecah usia pencen, wanita kita sering meninggalkan suami. Mereka suka berkawan dengan anak-anak yang sudah dewasa. Wanita kita akan bersama anak-anak pergi ke masjid untuk belajar mengaji dan mendengar kuliah. Isteri sibuk berkawan dengan anak, suami pula ditinggalkan.Suami pula sedang menempuh proses ‘pemudaan’ pusingan kedua.

Malang sekali, banyak benar kes penceraian berlaku di kalangan mereka. Ia ada feedback yang diterima melalui peserta kursus kami.Sebab itulah saya sering mengingatkan diri, betulkan pandangan terhadap isteri.

Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita. Walaupun sudah dimamah usia, dialah separuh hidup kita. Separuh yang manis, kata pepatah Arab. Adanya isteri dan suami, sempurnalah sifat seorang insan. Bayangkan sahaja Adam di Syurga, segala-galanya sudah sempurna. Tetapi tetap terasa kurang kerana dirinya tiada pasangan…

Hargailah kasih sayang suami dan isteri, pandanglah dengan pandangan hati, kerana ia pandangan hakiki.

Cinta tanpa syarat....

Seorang rakanku mencadangkan aku membuka blog SAIFULISLAM.COM, aku tertarik dengan satu artikel yang ditulisnya dalam AKU TERIMA NIKAHNYA....aku ingin berkongsi bersama2 pembaca blogku dan juga buat rujukan untukku di masa mendatang.....
Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.
Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….
Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.
“Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.
“Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. “Abah, jangan cakap macam tu…”, saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.
Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.
Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…
NAMUN…
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!
Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.
Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.
Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:
1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

2. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

3. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
4. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Monday, January 12, 2009

Jika suatu ketika nanti.....

Tadi balik dari rumah MILku, kami anak beranak berbual santai. Topik yang jadi perbicaraan kami antaranya peperangan di Palestin.....rupanya peka juga anak2ku. Sekarang roti Gardenia yang menjadi kegemaran mereka dulu telah ditukar kepada produk tempatan, si Korie siap tengok lagi siapa yang mengilangkan roti itu. Biasalah anak aku yang sorang tu terlebih prihatin.
Topik kedua yang jadi perbincangan banyak berkisar tentang nenek saudaraku, actually nenek sebelah hubby. Hari ini bila aku melawat dia, dia sedang terbaring dengan kepala diikat dengan kain. Ku raba dahinya....panas. Nie mesti demam makan hati dek cucu sulongnya yang sorang tu, semalam dia siap tebang orang tua tu punya pokok belimbing kesayangan....apalah nak jadi dengan dia. Langsung berlarut dengan ceritaku tentang hari tua....dan impianku. Aku bilang ngan anak2 bila aku tua nanti aku nak join rumah orang2 tua, menjerit anak2ku marahkan aku. Mereka siap cakap....mak bukannya takde anak, nape sampai nak duduk rumah orang2 tua. Aku pun jelaskan...bukankah senang aku duduk rumah orang tua2, aku ada rakan2 yang sebaya, aku senang nak beramal ibadah, aku boleh berbual kosong dengan orang sama jiwanya ngan aku....or aku tetap merempit ngan kekawan ku kat DCCK dengan peralatan yang lebih canggih. Bila anak2ku rindu kat aku mereka boleh datang jengok aku, atau aku datang rumah mereka semalam dua. Apa yang penting aku bebas untuk bergerak ke mana sahaja. Aku mungkin jadi nenek rugged bawa kereta dua pintu. Cukup duit jer aku keluar gi umrah dengan kawan2 seangkatan. Bukankah dunia ini terlalu indah untuk disia2kan.
Anakku korie yang paling menentang keras, dia siap kata nak suruh isterinya tak payah kerja jaga aku....aku gelakkan, aku kata macamlah mak ni dah terbaring atas katil nak jaga sampai macam tu. Aku bangga dengan anak2ku....pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga kami, anak2ku dengan penuh sedar mengharunginya bersamaku. Bukankah itu nikmat terbesar ALLAH swt kurniakan kepada aku sebagai ibu mereka. Bila mereka tetap membantah impianku, dari yang sulong sampailah yang ketiga....yang keempat si comel Azim masih terlalu kecil untuk mengerti....aku jelaskan...kalau aku duduk rumah orang tua pun, rumah orang tua tu paling kurang pun mesti lebih kurang taraf 4 bintang, aku ada bilik sendiri, pc sendiri dan segala kemudahan peribadi sendiri. Kalaulah masa tu rumah orang tua impianku belum terbina, akulah yang bakal menjadi pengasasnya.....wah! jauhnya impian.....bukan jauh manapun kan, pejam celik pejam celik kejap jer masa berjalan....tengok2 dan tahu2 jer benda dah sampai depan mata.

Saturday, January 10, 2009

Satu ketika dulu......

Kad yang tertulis bait2 kata ini aku terima sekitar tahun 1994.....fuh! sudah 15 tahun berlalu sekejap jer kan. Selagi kata2 pada kad itu masih tersimpan rapi....selagi itulah aku mungkin akan terus bertahan di sisi.....kenangan manis memang indah dikenang buat pengubat di kala duka...

LOVE IS WONDERFUL
There is so much about you to love
I love you for being a
wonderful person with so much fun to share....
I love you for being a special friend
who shares such warmth and care....
I love you for your strength
for knowing what you want out of life
and working towards it.
I love you for your ability
to find solutions
when all I can see is the problem,
to show me somethings
aren't worth worrying about.
I love you for being everything
that means the most to me....

Thursday, January 8, 2009

Mutiara kata


seseorang yang mencintai kamu... akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu... akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi... dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri... kerana.. setiap manusia selalu akan berusaha untuk memperbaiki dan melakukan perubahan dalam hidupnya... dan perubahan meski banyak diperlukan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan... dan semua itu terlalu sukar untuk diluahkan tetapi dapat digambarkan melalui lukisan hati... kerana kata hati itu selalu benar

Something 4 You Love...


Just 4 u ....


aku tak tahu sama ada tulisan ini akan dibaca oleh suamiku yang tersayang atau tidak....but I just want to tell u...i do care....


Tentang hijrah....

Hijrah boleh membawa seribu definisi....semua bergantung pada individu yang mengucapkannya. Bagiku hijrah itu ialah aku berubah atau berganjak dari satu stage yang kurang baik kepada satu stage yang lebih baik. Aku yang setahun dulu dalam keadaan yang serba tak kena so untuk tahun ini aku berharap semuanya akan menjadi lebih smooth dan aku terus mendapat kasih sayang dari NYA sebagaimana aku belajar mengasihi semua orang disekelilingku keranaNYA. Kadangkala sukar untuk menganjakkan pradigma itu. Sukar untuk sentiasa berbaik sangka...kekadang tersangka buruk gak, cuma aku cuba membataskan tempoh masa untuk bersangka buruk itu sesingkat yang mungkin. Bukan apa setiap detik semasa kita bersangka buruk itu merupakan detik2 yang begitu menyakitkan. So dengan memendekkan tempoh masa bersangka buruk juga membawa makna aku memendekkan rasa sakit yang menyelubungi hatiku....parah wooo. Detik2 semasa dalam kesakitan begitu lambat berjalan berbanding ketika berada dalam detik2 gembira. Untuk itu dari pesanan penaja....sentiasalah bersangka baik.....bersangka baik membuat hidup lebih bermakna.

Wednesday, January 7, 2009

Here i come....

Tahun ni havoc betul, awal tahun lagi aku dah kena mark ngan GB...alahai nasib. Agaknya aku dan sorang lagi kawan aku sentiasa ada dalam minda GB aku nie baik dalam jaga mahupun tidurnya....he he he...semalam masa meeting sikit punya kelakar. Aku minta abang Rasyid punchkan Rancangan Tahunan aku....pastu dia nampak, siap aku kena perli lagi. Mula2 tu dia puji sikit...pastu kena perli yang banyak. Aku diam jer malas nak jawab.....dah tau buang air liur jer bertekak dengan dia. Lagi baik aku layan berstory ngan Chah. Anyway hijrah tahun nie aku mulakan dengan azam baru. Walaupun apa yang bakal terjadi dalam perjalanan hidupku, yang penting suma mesti hepi.

Aku dah mula mencantikkan kelas, azam baru ler katakan. Anak2 muridku adalah dari kelas terakhir...faham2 jer ler. Tapi masih in control lagi. Aku tetap sayang derang sebagai ibu angkat mereka. Ada 2,3 orang rajin tolong aku menyapu kelas....alahai kenit2 sangat lagi. Anyway masih menjadi buah hati pengarang jantungku....terlalu banyak impianku pada mereka. Harap2 aku mampu menjadikan impian aku kenyataan walaupun 70%.

Sebagai peringatan....

Aku suka pada satu post kawanku.....di saat aku perlukan kekuatan semua yang boleh memegangku di alam nyata banyak aku kumpulkan untuk aku rujuk semula.....

from a friend..a young lady was waiting for her flight in the boarding room of a big airport.as she would need to wait many hours, she decided to buy a book to spend her time. she also bought a packet of cookies.

she sat down in an armchair, in the VIP room of the airport, to rest and read in peace.beside the armchair where the packet of cookies lay, a man sat down in the next seat, opened his magazine and started reading.when she took out the 1st cookie, the man took one also.she felt irritated but she said nothing.she just thought:what a nerve! if i was in the mood i would punch him for being so daring.for each cookie she took, the man took one too.this was infuriating her but she didn't want to cause a scene.when only one cookie remained, she tought:ah.. what this abusive man do now?then, the man, taking the last cookie, divided it in2 half, giving her one half.

ah! that was too much.she was much too angry now!in a huff, she took her book, her things, and stormed to the boarding place.when she sat down in her seat, inside the plane, she looked into her purse to take her eyeglasses, and, to her surprise, her packet of cookies was there untouched, unopened!she felt so ashamed!she realized that she was wrong.she had forgotten that her cookies was kept in her purse.the man had divided her cookie with her, without feeling angered or bitter.while she had been angry, thinking that she was dividing her cookies with him.and now there was no chance to explain herself nor to apologize.

the moral of the story:
there are 4 things one cannot recover..
- the stone after the throw..
- the word after it is said..
- the occasion after the loss..
- the time after it is gone..

thanks kakak....this post is so touching....

Tuesday, January 6, 2009

Sesungguhnya pada KETIKA itu....

Ini aku pinjam......pinjam yg tidak akan dipulangkan...he he he....tapi aku suka membacanya so aku masukkan dalam blogku untuk aku panjangkan pada orang lain untuk dimanfaatkan.

Ketika……

Ketika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia……
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…….
Allah SWT sudah menghitung air matamu.
Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja…….
Allah SWT sedang menunggu bersamamu.
Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi……
Allah SWT sudah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…….
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk…….
Allah SWT selalu berada di sampingmu.
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang…..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas….
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan DIA sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.
Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan……..
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.
Ketika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan……….
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur…….
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…….
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…….
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingatlah diri……..
Di mana pun kau atau ke mana pun kau menghadap…….
Allah SWT Yang Maha Baik….
Maha Mengetahui…
Tetap bersamamu….

Monday, January 5, 2009

Manusia yang sering lupa pada janji...

Tadi aku masih mencari pengubat hati....payah bila bertarung dengan hati sendiri. Aku mungkin lepas dari dua dugaan besar yang terdahulu....ujian bila anakku diambil semula dari pinjaman dan ujian dari suamiku....kini aku diuji dengan kekuatan diriku sendiri. Banyak yang perlu aku cari dalam setiap detik hidupku....terutama apa yang merupakan perkara yang terpenting dalam hidupku.....bagi mereka2 yang mengasihiku.....doakan aku agar tidak berlaku zalim pada diriku sendiri dan aku berjaya melepasi semua ranjau yang singgah dalam perjalanan hidupku.
Aku suka untuk berkongsi satu artikel yang aku temui tadi....aku berharap apa yang aku selitkan disini mampu menjadi tali yang mengikatku erat dari terungkai pada tiang agama yang ku pegang. Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH swt...dan yg khilaf itu dari diriku sendiri.

Tajdid Iman :
Oleh Dr Juanda Jaya
AL-IMAM Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Al-Daa’ wal Dawaa’ berkata: “Kegembiraanmu dengan perbuatan dosa, tertawamu ketika melakukan dosa, kesedihanmu saat tidak dapat melakukan dosa, kesungguhanmu menutupi aib akibat dosa dan hatimu yang tidak boleh gementar ketika Allah memandang dosamu, semua itu lebih berat di sisi Allah melebihi timbangan dosa itu.”
Betapa mudahnya kita melupakan dosa sedangkan Allah merekodkan segala-galanya untuk sidang perbicaraan di akhirat. Bukankah sudah sampai kepada kita firman Allah mengenai nasib manusia yang mudah melupakan dosanya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah mereka kerjakan ada tertulis dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49)
Mengapa manusia selalu mengulangi dosanya selepas bertaubat? Apakah kerana syaitan lebih bijak menyelewengkan mereka dengan hujah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun? Lalu mengapa orang bodoh itu tidak berfikir apakah tujuan diciptakan neraka jika mereka semua kononnya boleh masuk syurga dengan cara mempermain-mainkan pengampunan Allah?
Orang yang benar-benar beriman tidak akan terjerumus ke dalam lubang sama dua kali dan orang yang benar yakin dengan perhitungan hari akhirat pasti berusaha menjadikan hari ini lebih baik daripada kelmarin dari segi peningkatan ilmu, iman dan ibadat.
Jadi panggilan apakah yang paling sesuai bagi mereka yang selepas bertaubat selalu berbuat dosa kembali secara berulang? Agaknya mereka ini sesuai dipanggil dengan sebutan hamba Allah yang tidak tahu malu.
Seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham: “Wahai Imam, aku ingin bertaubat dan meninggalkan dosa tetapi aku selalu mengulangi dosaku, tunjukkanlah kepadaku jalan yang mencegah aku bermaksiat lagi kepada Allah.”
Ibrahim bin Adham berkata: “Jika engkau ingin bermaksiat janganlah engkau melakukannya di atas bumi milik Allah ini. Lelaki itu bertanya: Lalu di manakah aku boleh melakukannya? Ibrahim bin Adham menjawab: Keluarlah dari bumi-Nya. Dan jika engkau masih ingin melakukan maksiat, jangan makan rezeki kurniaan-Nya. Lelaki itu bertanya: Bagaimana aku boleh hidup tanpa rezeki daripada-Nya? Ibrahim berkata: “Tidakkah engkau rasa malu hidup di atas bumi-Nya dan makan daripada rezeki-Nya kemudian melakukan maksiat kepada-Nya?”
Mengapa ramai hamba Allah yang sudah bertaubat di hadapan Kaabah, disaksikan masjid Rasulullah SAW di sisi makamnya, dengan lelehan air mata yang menyesakkan dada tetapi dengan sekelip mata mengulangi kembali perbuatan maksiat dan melupakan janji setia kepada Allah yang diikat di lehernya?
Dia ditipu oleh hasutan syaitan yang memanjangkan angan-angan bahawa dengan hartanya dia boleh 10 kali lagi mengerjakan haji dan menambah amal salih. Tetapi dia lupa sihat dan sakit, ajal dan maut di tangan Allah yang tidak mungkin dibeli dengan harta dan kedudukannya. Bagaimana jika Allah mencabut nyawanya dalam keadaan dia bermaksiat?
Begitu pula ketika seseorang ditimpa musibah, serta-merta dia ingat kepada Allah dan cepat bertaubat, tetapi dengan sedikit saja harta dan keuntungan yang Allah tambahkan, dia sudah pun lupa dan lalai kerana tidak tahan dengan ujian harta itu, akhirnya dia bermaksiat kembali tanpa rasa malu.
Jelaslah betapa pentingnya seorang hamba memiliki rasa malu kepada Allah supaya dia sentiasa berada dalam keadaan sedar dan terjaga mata hatinya, tidak tidur dan lalai dibius oleh kemaksiatan yang bermaharajalela.
Bagaimanakah cara menumbuhkan rasa malu kepada Allah ?

Ingatlah kurniaan Allah.

Kadangkala Allah merahmati hamba-Nya dengan mengirimkan ilham ke dalam hati yang terdetik secara tiba-tiba. Pernahkah kita rasai kurniaan Allah itu semakin banyak dilimpahkan seiring semakin tebalnya buku catatan dosa yang kita lakukan?
Mengapa Allah membalas dosa itu dengan rezeki yang semakin banyak, pujian manusia yang semakin melambungkan nama, jawatan semakin kukuh, kehidupan meningkat sejahtera padahal dosa dibuat berganda-ganda banyaknya?
Orang yang mendapat keuntungan dunia hendaklah selalu mengingati firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan.” (Surah Hud, ayat 15-16)
Ayat itulah yang menyebabkan Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan menyungkurkan mukanya ke tanah lalu beliau menangis saat menghadapi sakaratul maut sambil mengulang-ulangi bacaan ayat berkenaan.
Mengapa Allah tidak terus menyeksa manusia pada kali pertama dia mengulangi dosanya, lalu dicabut rezeki dan keberuntungan daripada hidupnya, ditimpa musibah dan diazab secara langsung tanpa bertangguh?
Maha Suci Allah yang sentiasa memberi peluang untuk manusia mengingati kurniaan-Nya. Dialah Allah yang melimpahkan nikmat supaya mereka bersyukur dan kembali pulang, Dia menangguhkan seksa kerana sayang kepada kita sedangkan orang yang berdekatan dengan kita terkena bala dan musibah. Fikirkanlah ilham yang hadir dalam hati. Belumkah lagi muncul hati yang malu milik hamba Allah yang beruntung ini?
Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, mengapa Baginda melakukan solat malam sehingga kaki Baginda bengkak sedangkan Allah sudah menyucikan dirinya? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak bolehkan aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Telitilah aib diri.

Ada seorang hamba yang berangan-angan masuk syurga dengan membawa sembahyang yang dilakukan dengan lalai hingga habis waktu, puasa yang perisainya dikoyakkan dengan dengki, pertengkaran dan perbuatan keji, haji yang dilakukannya tanpa reda dan hilang sabar, kering ilmu dan kosong amal.
Dia mahu mengetuk pintu syurga dengan tangannya yang berlumuran darah kerana mengambil hak saudaranya, menjerit minta diizinkan masuk padahal mulutnya masih berbau bangkai mayat saudaranya yang diumpat, matanya mengintai-intai taman syurga tapi kabur oleh gelapnya bayang-bayang zina mata yang pernah dilakukannya ketika melayari web lucah, khidmat pesanan ringkas (SMS) mesra dan jenayah seksual yang ditatapi setiap hari.
Jika tidak juga rasa malu melihat kekotoran diri, sekurang-kurangnya malulah bila melakukannya secara terang-terangan. Apa akan jadi dengan dunia ini apabila semua manusia berbuat maksiat secara terbuka dan tiada seorangpun memiliki rasa malu melakukannya.
Rosaklah masyarakat yang tenggelam dalam kebatilan apabila tiada yang menegakkan amar makruf nahi mungkar di kalangan mereka. Kemaksiatan dan kejahatan manusia yang berakhir dengan kehancuran, semuanya bermula daripada hilangnya rasa malu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hamba-Nya, pasti Dia mencabut rasa malu dalam dirinya, jika dicabut rasa malu, maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan orang itu membenci dan dibenci. Apabila kamu tidak menjumpainya kecuali ia membenci dan dibenci, dicabutlah rasa amanah daripadanya, maka jika dicabut rasa amanah, kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati kemudian jika kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati, dicabutlah kasih sayang daripadanya, jika kasih sayang dicabut maka kamu tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat, akhirnya dicabutlah ikatan keislaman darinya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Lihatlah iman dan amal orang lain.

Apabila seorang hamba berasa dirinya berada di bawah titik paling rendah dalam kadar hitungan imannya, hendaklah ia melihat kepada ketinggian iman orang lain di sekelilingnya. Perhatikan hamba Allah yang khusyuk berdoa sambil menangis, walaupun hati ini keras tak tembus dengan tangisan tetapi sekurang-kurangnya kita mahu menangisi diri sendiri kerana tidak boleh menangis.
Betapa malunya membandingkan kejahilan diri kita dengan ulama, kemalasan kita dengan orang yang ihsan, riak yang terpalit di hati ini bandingkanlah dengan sifat ikhlas yang menghiasi jiwa orang lain.
Orang kaya yang bersedekah satu gantang berasa malu melihat orang miskin boleh bersedekah 10 kali ganda daripadanya. Semua orang mukmin yang mulia akhlak dan kuat ibadatnya serta luas kefahaman ilmunya menjadi teladan untuk kita.
Pandanglah mereka dengan penghormatan dan kemuliaan dan segera bandingkan dengan diri sendiri, di manakah silapnya kita yang tidak setaraf iman dengan mereka. Jika mereka umpama bintang, kita pula hanya lilin kerdil yang kerjanya hanya membakar diri saja.
Di antara orang yang malu dengan yang tak tahu malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apatah lagi jika Allah yang memandangnya.

Mengejar bayang....

Selepas aku berfikir panjang, aku memilih untuk menjadi lebih optimistik. Aku tentu akan terus muram bersalut duka sekiranya yang aku kejar adalah kegembiraan untuk dapat menamatkan kedukaan. Aku tentu akan terus bersedih sekiranya yang ku kejar adalah kegembiraan untuk tidak tersekat pada dugaan yang menyakitkan. Maka aku memilih untuk berhenti mengejar kegembiraan yang hanya berupa bayang-bayang. Aku memilih untuk mengejar apa sahaja peluang kegembiraan yang ada di depan mata. Bukannya terus menanti dan mengejar kegembiraan yang sudah terlepas daripada genggamanku.
Kadangkala kita sering tersilap dalam mengejar kegembiraan buat diri. Kita tidak dapat melihat perbezaan kegembiraan yang hakiki dan kegembiraan yang sudah menjadi ilusi. Mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang sekadar akan menambahkan kedukaan. Kita akan terus berharap hingga terabai peluang-peluang kegembiraan lain yang ada di depan mata.
Ibarat menanti di hadapan sebuah pintu yang akan membawa kita keluar dari sebuah bangunan. Namun pintu tersebut sudah terkunci. Kita terus menanti dengan penuh pengharapan pintu tersebut akan terbuka. Kita mengabaikan pintu-pintu lain di sebelah yang turut terbuka sekali sekala. Terlupa bahawa tujuan kita yang sebenar adalah untuk melepasi pintu tersebut dan keluar dari bangunan. Bukannya menanti pintu yang terkunci itu terbuka. Rasa sedih akan hadir apabila terhapus peluang untuk suatu kegembiraan. Itu semua lumrah. Namun yang silap adalah apabila kita terus bersedih hingga lebih banyak peluang kegembiraan tercicir daripada genggaman.

Perjalanan yang berliku...

Selari dengan meningkatnya usiaku....apa yang pernah disuarakan oleh ayahanda tersayang suatu ketika dahulu semakin menunjukkan taringnya. Beliau pernah berpesan...jgn alpa dalam menempuh perjalananku yang panjang. Ranjau sentiasa mengintai kita....bilamana kita alpa sahaja pasti duri ranjau itu akan menusuk diri. Pada ketika itu dulu aku sekadar tersenyum pada kata2 ayahanda....tidak terjangkau oleh akalku pada duri2 ranjau yang menunggu. Takkan jalan yang kulalui sebegitu berliku. Padaku jalan yang kupilih itu begitu ampoh dan telah disukat setiap lubuknya....rupanya aku masih manusia biasa....aku lupa pada ujian ALLAH. DIA dengan mudah sahaja mampu mengubah percaturan hidupku.....aku yakin dan percaya....selagi aku masih berpegang pada taliNYA dengan kejap...aku tidak akan jatuh tersungkur dan aku mampu mengikat diriku pada tiang2NYA dari jatuh kelembah kehinaan. Ya ALLAH padaMU aku bermohon....janganlah KAU biarkan aku menzalimi diriku sendiri....jauhilah aku dari lembah kehinaan yang tidak bertepi.

Sunday, January 4, 2009

Selamat datang 2009...

Ku sambut kedatangan mu dengan senyuman walaupun hadirnya kau tanpa menjanjikan sesuatu yang pasti sama ada kau hadir bersama duka atau pun kehadiran mu mengundang gembira. Tapi aku pasti sehari yang berlalu tetap meninggalkan aku satu kebaikan untuk esok walaupun datangnya mungkin bukan seperti yang aku harapkan.

My new laptop....

AO kesayanganku

Tengah menggodek2 barang baru...

Akhirnya impianku kesampaian juga...bila apa yang kita idamkan tercapai terasa hati ini begitu berbunga2. Terima kasih suamiku kerana menjadikan hajatku satu kenyataan. Tapi kena ler bayar hutang loan setahun nie....bila tengah semput boleh tangguh pembayaran tak sayang ?