Friday, May 21, 2021

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berkhidmat sebagai guru. 27 tahun yang penuh dengan asam garam dan pahit getir. Tahun paling hangat ialah tahun lepas bila aku siap kena panggil sesi kaunseling dengan org Jabatan kerana dikata ingkar perintah dan tidak menghormati ketua. Yang kelakar aku menang dan GB yang terpinga2 dan terpaksa akur aku tidak bersalah. Tapi dendam dia masih ada so aku ditukarkan sekolah pada tahun akhir perkhidmatanku. Takpelah itu yang telah Allah atur untukku. Aku terima dengan redha. Kadangkala indahnya sesuatu tidak mungkin kita congak dengan mata kasar.

Alhamdulillah perancangan Allah lebih baik. Aku ditemukan dengan sahabat2 yang boleh sama-sama susah dan senang. Adik2 yang pandai menghormati dan anak2 permata hati yang cepat mesra dan manja dengan ku walaupun baru sahaja bertemu. Ibubapa yang tidak banyak berkira dan mudah berurusan denganku.

Hari ini tinggal lagi 6 bulan sahaja insyaAllah aku bergelar seorang guru. Semoga aku sentiasa dalam lindungan dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah swt.

Hadiah kad digital dari anak muridku sempena Hari Guru baru-baru ini.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...