Friday, July 8, 2016

Raya 2016

 Selamat Hari Raya semua....maaf zahir dan batin. Semoga kita semua dianugerahkan umur yang diberkati untuk bertemu di Ramadhan tahun hadapan.

Me n dear hubby...

 Bersama bodyguard tersayang.....

 Kenangan bersama ayahanda dan bonda

 With my beloved men in my life

With my beloved family

Kenangan bersama amlong dan isteri...

Hidup ini terlalu singkat jika tidak dinikmati hingga maximum. Lebih kurang sahaja dengan semua yang tidak menyenangkan hati. Berserah pada Allah.....sesungguhnya Dialah sebaik2 pelindung.

Thursday, May 26, 2016

Fazana 21st Anniversary





Hadiah paling bermakna untuk ulangtahun ke 21 perkahwinan kami. Love you 2 syg till Jannah....

Monday, May 16, 2016

Holding hands....


Semoga genggaman itu till jannah.....

Sunday, May 8, 2016

Happy Mother's Day

Tahun nie dapat hadiah simple jer....wish dari anak2. Hadiah paling istimewa Azim dan Adib basuh pinggan untuk tengahari dan malam. Terima kasih sayang.....







Thursday, April 14, 2016

Janam Janam





Semoga kasih itu tetap terus subur untukmu....

Tuesday, March 15, 2016

cintamu mekar dihati

Layan rindu.....he he he




Kejora - SEARCH


Lagi layan rindu.....ha ha ha...






Thursday, February 11, 2016

Holiday Marathon....besday treats part 3

10 Feb 2016 ( Destinasi terakhir )

Holiday marathon selama 5 hari semakin hampir ke penghujung. Semua yang aku impikan dalam perjalanan kali ini Allah anugerahkan jadi kenyataan. Untuk  hari yang terakhir nie kami akan mengunjungi bandar diraja Kuala Kangsar terus ke Ipoh untuk bertemu sahabat hubby dan ke Kampung Kayan untuk beli udang galah hidup...biar gambar berbicara...


 Bergambar di Sungai Perak Kuala Kangsar

 Adib dan abang sado 1....

 Adib dan buih belon...

 Bermain buih belon penuh gaya...

 Lagi gaya Adib...

 Azlan pun nak cuba power...


 He he he....ada orang tu pun nak cuba nasib..

 Aikss...abang sado mana belonnya ?

 Adib tak cukup tinggi...mana adib ?

Macam iklan ubat gigi jer abang sado....hi hi hi

 Lagi gaya Azlan main belon..

 Posing atas jambatan gantung...

 Merenung masa depan...






Gambar penutup sebelum percutian berakhir...

Terima kasih suami ku sayang atas percutian yang sangat istimewa ini. Terima kasih juga buat anak2 mak sayang kerana sudi turut serta dalam menunaikan impian mak kali ini. Semoga Allah kurniakan lain kali untuk kita semua

LOVE YOU ALL......MUAAAHHHHH.....

Holiday Marathon....besday treats part 2

Puas posing kat paya bakau sambung posing kat jeti sementara menunggu bot sampai. Layan pelbagai gaya posing....

 Gambar kandid dari Azlan...

 Mr Hubby ngan putera2 mahkota .....1

 Mr Hubby ngan putera2 mahkota .....2

 Mr Hubby ngan putera2 mahkota .....3

 Another posing dua merpati sejoli....kih kih kih

 Indahnya pemandangan ciptaan Allah swt...

 Indahnya pemandangan di jeti Kuala Sepetang...

 Along posing lagi...

 Azri terasa nak jadi nelayan :p

 Me n my abang sado 2...

 Me n my abang sado 1

 Jauh merenung nasib...

 Posing terasa hensem...kih kih kih

 Posing takut jatuh....kih kih kih

 Azim n Adib ngan abg sado 1...

Posing atas bot sebelum bergerak

Hari pertama berjalan lancar. Kami sampai di Taiping hampir pukul 9.30 mlm. Keluar semula cari makan malam. Selesai semua dah cecah pukul 11.30 mlm.

9 Feb 2016 ( Taiping )

Pagi-pagi lagi semua dah bangun. Hari nie projek panjat Bukit Larut. Tak tahu sampai atas ker tak. Terutama bila ada sibujang kecik nie :p. Sepatutnya ada 2 jalan untuk capai ke puncak. Jalan tar dan juga mentelusuri denai. Cuma kami takde guide untuk bawa ikut denai. So kenalah mix denai dan jalan tar. Apa2 pun layan....biar gambar berbicara.

 Posing sebelum mendaki...

 Hmm...mcm mana muka tu nampak bulat sgt :(

 Semangat...semangat....semangat....

 Slowly n surely...

 Posing sikit...kih kih kih

 Subhanallah....cantiknya pemandangan...

Nak ambil gambar pokok tu sebenarnya...

Tak berjaya sampai atas. Baru satu pertiga Azim n Adib dah tak larat. Nampaknya kena ada ulangan lain kali nie. Sampai bawah semua layan char keow tiaw kerang. Azri makan hampir 3 pinggan...he he he. Perut dah kenyang layan main kolam dari air bukit. Tak pergi air terjun mungkin lain kali. Sampai homestay hujan turun dengan lebatnya. 

Petang pergi Kuala Gula cari soft crab. Tak seperti yang digembar gemburkan. Ralat gak bila kena bayar sampai RM109 untuk makanan yang tak seberapa. Takde ambil gambar pun masa kat sini. Sampai homestay dah maghrib. Terus solat sebab malam nanti nak pergi night Safari.

 Me n my abg sado 1 depan pintu masuk Zoo...

 Lepak lepas habis pusing satu Zoo...

Lagi pelbagai aksi masing masing...