Saturday, May 19, 2012

Akhirnya...... :)


Akhirnya selepas 17 tahun berkhidmat aku merasa juga dianugerahkan " ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ".  Terima kasih ya Allah akhirnya aku juga mendapat iktiraf antara guru yang cemerlang dalam tugas. Ramai rakan-rakan aku lebih awal mendapat anugerah.....nak buat mcm manakan keretapi ku lambat sikit. Aku tak perlu terasa hati.....ayahandaku sampai pencen pun tidak dianugerahkan khidmat cemerlang tapi beliau terus bertugas dengan penuh dedikasi. Ramai anak didiknya berjaya dalam hidup dan karier.  Terima kasih buat mak dan ayah yang sentiasa percaya Along boleh....terima kasih abg kerana sentiasa bersama mama, terima kasih anak2 mak kerana sentiasa bersama dalam susah dan senang mak.  Sayang semua....

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru....



Satu lagu yang menyentuh rasaku.....



Tadi masa persembahan murid pun airmataku mengalir masa rakanku menyanyikan lagu anuar zain sedetik lebih bersama anak2 didik kami. Hmm...so touching. Dah tua kot, so deria rasa sensitif tu lebih sikit.

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu....

Tahun ini aku buat agenda aku sendiri untuk meraikannya dengan orang2 yang aku kasihi.  Semuanya bermula dari hari Sabtu 12 hb Mei di mana aku terpaksa turut serta dalam lawatan LADP peringkat sekolah...( psttt...abis semua anak2 yang ada dirumah ngan hubby sekali aku angkut ikut aku ). Di bawah antara gambar kenangan ketika lawatan kami.

 Bersedia untuk bergerak...

 Baru sampai di Taman Tasik UPM....tengah nak sarapan

 Adib bergaya atas lembu kilang cokelat Beryl's

 Azim dalam koko....

 Adib pun nak juga cuba....

 Posing ngan my dear hubby....pstt...cam muka boring jer...he hehe

My happy moment.....he hehe...

 Bergambar beramai2 sebelum di bawa melawat kilang

 Ayah layan Adib makan aiskrim...

 Azim tengah pijak telur burung unta...

 Dekat ler sikit tangan tu....mana sampai nak ambil jagung tu....

 Bersedia nak tunggang burung unta...

 Kambing kejar Adib...

 Alamak....patah belakang aku....kih kih kih

 Bila giliran kita nie bang Azim...

 Kambing tackle Adib...

 Baik2 beratur....jangan rebut-rebut

Bye bye kambing.....jangan ikut tau...

Hari Ahad.....he hehe....aku paksa rela En. Hubby belanja makan. Anak2 enjoy sangat makan kat Kenny Roger's. Siap ambil Azlan dari asrama. Happy dapat makan satu keluarga.....Luv u all my dear. Buat en hubby, terima kasih membahagiakan mama walaupun dengan cara abg....untuk anak2, terima kasih kerana menghargai kasih sayang mak yang tak bertepi buat kalian.

Istimewa buat bonda Hajjah Kamina binti Siak....terima kasih kerana melahirkan along, membesarkan along dari dua tapak jari, menyusukan along, mendidik along penuh kesabaran, mengajar along erti ketabahan dan kesabaran. Paling penting sentiasa setia bersama ayah dalam susah dan senang along , dalam senyum dan tawa along.

LUVVVVV YOUUU ALLL SOOO MUUUCCHHHH !!!!!!

Tuesday, April 24, 2012

28 mei 2012 datang lagi

Sekejap sahaja masa berlalu....tarikh itu datang lagi.  Mungkinkah kali ini akan ada cincin permata untuk belahan jiwa, baju labuci untuk permata hati, honeymoon berdua pertama kali, candle light dinner hanya berdua.....hmmm atau sekadar bunga sekuntum dan ciuman tanda kasih menghargai 17 tahun bersama susah dan senang. Melahirkan zuriat penyambung kasih. Itu lebih bermakna sebagai tanda kasih yang tidak pernah lekang dek panas lusuh dek hujan, tanda tarikh itu aku telah dimiliki menjadi suri hati, peneman kala susah dan senang, dari dara pingitan kini menjadi isteri orang. Tidak kah tarikh itu sepatutnya cukup bermakna ?..... Hanya Kau ya Allah yang tahu isi hati ini.


Adakah luahan ini seperti tidak mensyukuri ??? Juga hanya KAU yg tahu......

Thursday, April 12, 2012

Wednesday, April 11, 2012

KEHILANGAN....

Tanggal 31 mac 2012 tidak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan. Masih terasa pedihnya bila aku hampir diuji dengan kehilangan. Terasa bak belati membelah sembilu.....satu rasa yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata.

Hari tersebut adalah hari pernikahan adik ipar lelakiku. Dari pagi Adib sangat asyik bermain dengan abang dan sepupu2nya. Langsung tidak mempedulikan aku. Ku pandang dari jauh. Lagi pun tiada rasa bergetar di kalbu. Pukul 12.30 sedang majlis persandingan berlangsung, Adib lagi sekali tidak mahu ku kendong. Abang dan sepupunya yang lebih besar itu yg dikejarnya. Aku mencari tempat teduh apabila sudah tak tahan dengan bahang yang hangat di kepala. Hampir satu jam kami asyik dengan persembahan yang ditarikan di depan pengantin tetiba hatiku bagai disentap. Seram sejuk menular di deria rasaku dan saat itu terus bayangan Adib yang bermain di mindaku. Aku terus mencari anak bujangku. Satu persatu aku mencari kelibat adib di tangan anak2ku dan juga sepupu2nya. Tapi hampa.....Adib tiada dengan mereka.

Kerana gesa itu segera tiba, anak2 aku terus bergerak mencari. Rupanya dia sudah 300meter jauh dari tempat majlis. Masa Azlan jumpa dia, Adib berada ditangan seorang perempuan. Terus saja Azlan rampas.....Ya Allah....terima kasih melindungi anakku.

Dari peristiwa itu aku tak yakin melepaskan Adib dengan anak2ku yang lain. Bila aku menyusukannya, melihat dan membelai tika tidurnya....hatiku digamit sayu. Bagaimana kalau Allah betul2 mengujiku dengan mengambil Adib dariku.....tak mampu aku bayangkan kehilangan itu. Apatah lagi kehilangan tanpa jasad sebagai bukti pengambilan semula amanah.

Anyway....memang benar kita tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita harungi. Jadi kehilangan itu memang bukan ujian yang tepat buatku, sebab aku akan rebah. Ya Allah Kau lindungilah kami dari sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Sesungguhnya Kau yang Maha mengerti....

Thursday, March 22, 2012