Posts

Showing posts from June, 2009

Video untuk " journey to Trengganu 1 "

Azim dan abang2nya sibuk membuat kolam untuk umang2 yang mereka tangkap. Bukan main bersemangat masing2. Kekadang best jadi kanak2kan...tanpa ada masalah yang menggusarkan fikiran mereka. Kalau masalah timbul pun sekadar masalah2 kecil yang tidak membebankan kehidupan sepanjang hayat. Jika difikirkan semula....kalau semua nak jadi kanak2, siapa pula yang bakal menjadi orang dewasa yang bakal memimpin mereka mengharungi jalan yang berliku. Putaran kehidupan tidak harus diubah. Apa yang telah Allah swt aturkan itu adalah yang terbaik bagi makhluknya yang bersyukur...

note : sad to say......gambar video tu tak leh kuar lak...dah berapa kali aku cuba.

The Mysterious Thing Called "Love"

If you find yourself in love with someone who does not love you, be gentle to yourself. There is nothing wrong with you. Love just didn't choose to rest in the other person's heart.

If you find someone else in love with you and you don't love him/her, feel honoured that love came and called at your door, but gently refuse the gift you cannot return. Do not take advantage, do not cause pain.

How you deal with love is how you deal with you, and all our hearts feel the same pains and joys, even if our lives and ways are different.
If you fall in love with another, and he/she falls in love with you, and then love chooses to leave, do not try to reclaim it or to assess blaim, let it go. There is a reason and there is a meaning. You will know in time.

Remember that you don't choose love. Love chooses you. All you can really do is to accept it for all its mystery when it comes into your life. Feel the way it fills you to overflowing, then reach out and give it away.

Give it back t…

Di mana tahap kandunganku sekarang....?

Image
Inilah gambaran baby dalam kandunganku sekarang. Sudah lengkap sifatnya. Mungkin kita tidak pernah mengambil tahu dalam usia kandungan kita pada setiap minggu bagaimana perubahan yang telah berlaku pada baby. Kali ini aku cuba yang terbaik untuk menghayati setiap minggu usia babyku meningkat. Cuma satu yang menjadi kegusaran hatiku......aku amat malas makan vitamin....banyak lupa dari ingat. Rasanya aku perlu membeli obimin esok. Paling tidak ia telah menyediakan kandungan minima yang diperlukan oleh babyku untuk membesar.

Doakan semoga kali ini kurang sikit rintangan yang perlu aku harungi hingga ke penghujung. Tapi mengandung dalam usia yang begini banyak kelemahannya....terutama bila aku terpaksa mendaki tangga sehingga tingkat 4 setiap hari persekolahan. Anyway...think positif...sekurang2nya ia menjadi salah satu senaman yang aku lakukan tidak secara langsung setiap hari.....( kalau malas tu.....cakap jer ler malas nak bersenamkan....)

Mungkinkah harapan itu menjadi kenyataan ?....

Image
Masa begitu pantas berlalu....kini tinggal lagi lebih kurang 4 bulan sahaja lagi penantian kami sekeluarga. Begitu ramai yang mendoakan agar kali ini aku berjaya dianugerahkan oleh Allah seorang bayi perempuan selepas 5 kandunganku sebelum ini semuanya dikurniakan anak bujang. Apa boleh buat rezeki yang ditakdirkan buatku setakat ini semua peneman suamiku bermain bola.

Tadi aku begitu teruja melihat gambar dan keletah baby girl semasa aku browse google. So aku mengambil kesempatan di sini untuk berkongsi gambar2 mereka yang cute bersama pembaca setia blogku. ( macam ramai sangat yg baca....he he he ). Betapa bahagianya aku jika anak yang aku lahirkan nanti secomel mereka. Tentu menjadi kesayangan abang2nya. Jangan dia jadi lasak atau lebih hero dari abang2nya sudah. Last2 abang2 yang kena buli dengan adik.









My favourite picture......comel tak ?

Day 2 in Trengganu....

Image
Dari malam tadi abg Rashid dah siap bagi tahu semua org.....kami akan bersarapan di rumah adiknya pagi ini. Pukul 9 semua dah bersiap untuk bergerak. Destinasi kami hari ini ialah Pasar Payang dan Pusat Tamadun Islam. Masuk sahaja kereta dugaan untuk kami bermula, aircond kereta aku buat hal.....alamak masak jugalah kalau nak berjalan hari ini dalam terik panas mentari. Lepas bersarapan rumah Razak, adik abg Rashid kami singgah kat kedai aircond, cuba top up gas dahulu, bila dah siap masuk gas owner tu bagi tahu bocor aircond tu agak besar, tawakal ajelah. So perjalanan kami hari ini tidaklah dalam kepanasan.

Pemandangan dari tingkat satu pasar Payang

Di kedai barangan kraft tempat kami melepak di tingkat bawah

Along posing berlatarkan kedai kraft tadi

Me n hubby...

Gerai aku beli telur penyu asin..

Di Pasar Payang, ramai nyer orang tak terkira maklumlah cuti sekolah. Aku bila dah ramai2 tu mati kutu nak beli apa2. Lagi pun target perjalanan kali ini bukan untuk membeli belah, tapi untuk me…

Journey to Trengganu....( 1 )

Image
Percubaan pertama pergi holiday dalam kumpulan besar. 5 family yang akan turut serta dalam percutian kali ini. Perjalanan kami akan dimulakan pukul 5 pagi. Aku dah bangun pukul 4 lagi untuk menyiapkan bekalan alas perut dalam perjalanan nanti sementara sampai ke perhentian pertama di Gambang untuk bersarapan. Tahu2 sajalah anak2 bujang ku mana boleh menahan lapar sehingga ke gambang.

Masing2 tengah sibuk mengisi perut...

Berehat sebelum memulakan perjalanan semula



Kami tiba di Gambang pukul 8.30 pagi. Berhenti bersarapan di hentian Gambang dengan bekalan yang disediakan oleh Kak Nurah. Aku mulanya dah masakkan air mata kucing, tapi gula melaka yg ku masukkan itu tidak memberi rasa yang enak langsung aku tinggalkan sahaja. Kami minum air kopi yang dibawa oleh kak Nurah juga. Perjalanan diteruskan sejam kemudian.

Hentian kami seterusnya di Kemaman untuk menikmati sata segar. Kami berhenti makan sata di tepi pantai Mak Nik. Habis 2 bungkus sata. Sempat singgah di rumah kenalan lama kami Sit…