Saturday, December 20, 2008

Tanggal 19 Disember 2008

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam kehidupanku dan keluarga semalam. Ada perkara manis dan juga perkara pahit. Betullah bak kata pepatah…neraca kehidupan mestilah seimbang dan berpasangan. Bila sebelah mata kita menangis….pasti yang sebelah lagi akan ketawa. Bila ada yang buruk, pasti ada juga yang baik…umpama cubit peha kanan sakit….peha kiri akan terasa juga.
Semalam merupakan harilahir anak bungsuku, tahun lepas harilahirnya kami sambut di Indonesia ketika kami masih kearalan di dalam kereta. Tahun ini aku siap membuat perancangan yang teliti… malangnya perancangan tinggal perancangan sahaja. Pagi harilahirnya dipenuhi dengan acara menemani kami dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Pukul 8 kami bertiga bersarapan pagi, kemudian menemani suamiku ke pejabat pos untuk mendapatkan road tax claimnya. Seterusnya kami ke bank untuk mendapatkan pengesahan bank untuk melangsaikan pinjaman rumah pandan. Perjalanan kami pagi itu diakhiri ke imigresen untuk mengambil group passport kami. Bolehlah dikatakan semua perancangan kami di sebelah pagi berjalan lancar.
Selesai solat Jumaat dan makan, suamiku mengajak kami meraikan harilahir azim dikolam renang kegemarannya. Macam anak ikan anak2ku….sekejap sahaja masa berlalu, mereka semakin dewasa dan tanpa kami sedari nanti mereka telahpun mempunyai penghidupan sendiri. Hampir pukul 6.30 petang kami keluar untuk makan KFC. Dari saat inilah musibah mula mengekori kami. Keluar sahaja dari kolam renang kereta kami telah dihalang oleh sebuah kereta lain. Pemandu tersebut sedikit pun tidak ambil peduli untuk meninggalkan no hpnya untuk kami hubungi, tapi malas untuk menyesakkan kepala aku mengusulkan pada suamiku untuk terus ke MP berjalan kaki sahaja.
Dari KFC, pindah ke Mc D….akhirnya birthday boy cuma makan sebatang aiskrim sahaja. Kami berangkat balik selepas solat. Singgah ke rumah MILku dan dalam pukul 8.30 kami bergerak balik ke gangsa. Kami berbual santai disepanjang perjalanan. Suamiku sibuk mengajak anak2nya untuk solat subuh di masjid esok….dalam suasana ceria rupanya di rumah kami telah menanti satu musibah. Rumah kami dimasuki pencuri….dan jangan tak percaya untuk kali ketiga dengan 7 kali cubaan. Tapi kali ini aku begitu kagum dengan reaksi suamiku…kalau sebelum2 ini nampak riak mukanya yang penuh gelodak emosi, tapi kali ini begitu tenang. Walaupun antara barang yang hilang itu adalah komputer ribanya yang menjadi sumber untuk dia mencari rezeki.
Tidak banyak barang yang hilang….komputer ribaku dan suami, hp lama anakku yang sulung dan 2 batang raket badminton….pastilah yang mahal. Minat sukan juga pencuri tu yer. Seperti biasa polis datang 10 minit kemudian….tanya itu ini, setengah jam kemudian sebuah lagi kereta peronda datang untuk ambil statement. Dah selesai pegawai yang bertugas itu meminta kami menanti polis bahagian jenayah datang. Dekat pukul 12.30 baru mereka sampai, biasalah sure mereka sibuk nak cari kesan cap jari. Mujur suamiku cerdik….di halanya polis tu membuat ujian cap jari di almari lama kami….he!he!he! kalau pada almari baruku mesti angin satu badan. Pegawai yang bertugas tu mengusik suamiku supaya cat sahaja almari baju tu dengan warna hitam nanti so tak payah susah2 nak basuh kesan ujian cap jari yang melekat pada almari tu. Mana tak…habis almari baju dan meja solek lamaku penuh dengan warna hitam kesan ujian cap jari.
Malam itu setelah anak2ku semua tidur aku dan suamiku berbual2 ringan. Aku bersyukur kerana dia berada di sisiku ketika kejadian ini berlaku. Dia juga bersyukur kerana kami masih in one piece tanpa kekurangan satu apa pun. Setiap yang berlaku pasti bersebab….ingat lagi dalam kisah yang aku ceritakan dalam post yang sebelum ini. Harta boleh dicari dan ditukar ganti….tapi bayangkan jika nyawa tukarannya…mampukah suamiku menjalani kehidupan sehari2nya dengan ria tanpa kami yang menjadi pelengkap hidupnya. Ciuman lembut suamiku di dahi sungguh menyentuh kalbu. Sesungguhnya betapa kerdilnya kami dalam percaturanmu Ya ALLAH. Perkara baik dan buruk dipisahkan oleh masa senipis kulit bawang. Bersemuka dengan pencuri itu bukanlah satu perkara yang aku harapkan. Lebih banyak buruk dari baiknya…penjahat dalam keadaan begitu mesti sudah tidak memikirkan apa lagi. Kalau bukan kami yang menang tentu dia….sudah pasti dia akan menyelamatkan dirinya mati matian. Dengan namaMU Ya ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang….terima kasih kerana mengizinkan kami menghirup udaraMU untuk satu jangkawaktu lagi….lindungilah kami dari kejahatan manusia makhlukMU yang berhasad dengki dan juga lindungilah diri kami dari menzalimi diri kami sendiri …..amiiiinnnn.

No comments: