Sunday, December 7, 2008

Satu perjalanan....(2)


Keadaan sesak selepas kenderaan dibenarkan melepasi kawasan tanah runtuh.

Kami mula menyambungkan perjalanan lebih kurang dalam pukul 6. Hujan masih turun renyai2. Setiap kereta bergerak perlahan serta berhati2....jalanraya masih licin, dengan jalan yang berliku pemanduan harus sentiasa berwaspada. Masing2 bimbang akan ada kejadian tanah runtuh lagi. Azri sibuk nak beli buah stawberi, tapi mana ada kedai buah yang buka lagi selepas pukul 6. Apatah lagi dengan cuaca yang tidak mengizinkan untuk berniaga. Muncung mulut anakku... sudahnya ayahnya pujuk untuk beli buah stawberi kat TESCO nanti...barulah senyum sikit.

Bila sampai kawasan loging aku ambil giliran memandu. Che abang sorang tu bila time dia memandu bukan main kelat mata nak buka. Habis orang dalam kereta naik takut....tapi bila tukar aje driver, terus aje mata dia segar bugar....ish,ish,ish...tak faham betul. Pantang aku terlanggar lubang, corner tak brek dan apa lagi bila meter tu dah cecah...hem 3x tak berhenti mulutnya mengomel. Malam tu malang sungguh...macam mana aku dan semua orang tak perasan kami dah terlepas simpang biasa ke Gua Musang....sampai aku naik merajuk bila kena sound direct oleh suamiku. First time aku drive sampai jalan mati....anak2ku semua berdiam diri. Mereka pun kesian tengok aku kena leter dengan ayah dia orang. Nasib baik aku masih boleh seal mulut aku ketat2, sebab aku sedar kalau aku menjawab nanti tidak hanya setakat itu sahaja.

Singgah makan malam dekat R&R Gua Musang. Lauk ikan bawal sweet sour masih ada seekor lagi, so kami beli sup tulang dua mangkuk. Alhamdulillah....kenyang perut, nasi yang ku bawa tu masih berbaki….nak dihabiskan perut masing2 dah kenyang. Dah siap kemas bakul bekalan kami pun meneruskan perjalanan. Aku offer untuk terus drive sampai KB tapi suamiku jual mahal….mata dah jaga katanya. Baru 15 minit drive dah mula terkuap2…fobia bawa kereta. Last2 aku yang bawa sampai KB. Sampai KB dalam pukul 1.30 pagi, terus check-in kat Hotel New Pacific.


Tempat kami main bowling di KB Mall


Bergambar dengan hubby...Azim yang ambil ( terror anak mak kan !! )



Gaya seorang juara...ehem 3x...

Hari kedua di KB, Pengkalan Chepa naik air. Kami pun tak keluar ke mana2, jangan tidak kami pergi main bowling di KB Mall. Fuh ! Berjaya juga dapat over 100 mark. Lama dah tak main….kos pun tinggi apalagi dalam situasi ekonomi aku yang agak gawat. Anak2ku tetap berpuas hati walaupun kami main satu set sahaja. Selalunya masa dihotel mereka habiskan dengan berenang di kolam, tapi kali ini mereka kalah dengan suhu yang dingin. Sudahnya bath tub yang jadi mangsa. Azim siap buat kuak lentang lagi kat dalam bath tub tu.


Posing kat lobi hotel...tunggu time nak masuk.

Bergambar kat meja kami...tak sabar tunggu makanan sampai.


Gambar candid Sultan Kelantan...

Malam Isnin kami ada dinner….Majlis Santapan Bersama Sultan Kelantan, anjuran UMK. Anak2 tak mahu pergi rumah Pak Uteh...so semua tinggal kat bilik hotel. Along diamanahkan menjadi ketua menjaga Azim. Petang tu semua kami upah dengan Goreng Ayam Kampung-Nasi Kukus. Sodap makan panas2 dahlah cuaca kat luar sejuk. Kami balik dari dinner pukul 12.30 pg, tinggal along dan Alan sahaja yang masih jaga lagi. Azim dah lena dengan Korie.

Along tengah pamer skil, kacau jangan tak kacau.

Alan dan Korie pun tak mahu ketinggalan.

Pagi Selasa kami memulakan perjalanan balik. Sempat singgah dekat kawasan pembuatan serunding. Anak2 ku menunjukkan power mereka mengacau serunding yang masih di api. Lama jugalah kami di sana apabila seorang demi seorang ingin menunjukkan kepakaran masing2. Alhamdulillah perjalanan hari ini tidak diiringi oleh air hujan. Cuma sedikit aral bila kami terpaksa pusing semula ke Setiu bila jalan terus ke Kuala Trengganu di tutup untuk semua kenderaan. Kami meneruskan perjalanan ikut jalan tepi pantai. Sampai di Kuala Terengganu hampir pukul 3.30 petang. Makan di Pantai Batu Buruk dan singgah solat jama' di Masjid Puteh Kuala Terengganu.



Pemandangan Masjid Putih, Kuala Terengganu

Hubby posing dekat jejantas ke Masjid Putih.

Singgah di Dungun melawat abang angkatku yang sakit agak kritikal. Kurus betul along sekarang dengan matanya yang sudah hilang daya penglihatan dan kedua belah buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Sekurang2nya aku masih berkesempatan bertemu dengannya semasa dia masih mampu berbual2 dengan kami. Banyak hikmah di sebalik sesuatu dugaan itu, apa yang pasti kini kaklong dah boleh berdikari mencari pendapatan sendiri. Tidak lagi bergantung pada kudrat suami semata2. Adakala kita perlu mencari kekuatan sendiri. Rasa kebergantungan kepada seseorang selalunya akan menjadikan kita lemah. Kita sukar membuat pilihan....dan adakala tidak berupaya membuat pilihan yang terbaik diri kita sendiri. Semoga kaklong terus tabah walaupun kita dugaan itu sudah berubah wajah....ingatlah tiada satu pun di dunia ini ALLAH jadikan tanpa sebab. Umpama ubat yang pahit ketika diminum tapi itulah penawar yang paling mujarab.

Perjalanan diteruskan untuk menghantar suamiku balik ke KL, kami sampai KL sekitar jam 1.30 pagi. Tamatlah perjalanan kami dari barat ke Timur dan kembali ke Barat semula selama 5 hari 4 malam. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat. Sampai jumpa lagi......

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...