Sunday, December 21, 2008

Amanah dan wasiat....

Kalau pembaca blogku ini melayari blog ` ladyqaseh' ku pasti mereka faham apa yang aku maksudku tentang aku tidak akan menukarkan menukarkan akhirat dengan dunia. Sesiapa yang mengenali aku luar dalam pasti sedar apa yang aku katakan itu bukan bohong. Bukan mudah membuat pilihan apalagi bila kuasa memilih itu sepenuhnya berada di tangan kita. Tapi apakah kerana hal duniawi kita sanggup mencagarkan kebahagian kita di akhirat. Apa yang aku bicarakan ini ialah tentang amanah dan wasiat. Sejauh mana kita mampu memegang amanah bila mana amanah itu hanya dibicarakan di antara dua insan tanpa hitam putih di atas sekeping kertas. Lafaz itu hanyalah di antara dua insan bersaksikan ALLAH swt. Bagiku cukup besar makna wasiat itu walaupun tidak ditulis di atas kertas dan tiada hakim yang akan mengadili bicara. ALLAH swt Maha melihat segala tindak tandukku....di mana aku mampu bersembunyi bila mana semua tempat yg ku tuju itu adalah hak milik Ya Khaliq....dengan ini suamiku..selagi hayatku dikandung badan akan ku pegang janji dan amanah mu itu sedaya mungkin...hanya kau sahaja lelaki yang bertahta di hatiku sebagai suami.

No comments: