Monday, December 8, 2008

Aidil Adha yang mulia.....2008


Aku menanti kedatangan Aidil Adha tahun ini dengan hati yang berbelah bahagi. Bagai kata kak Nik aku harus belajar mencari erti pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana belum terjangkau oleh akal insan kerdil seperti aku. Aku juga belajar dan mendalami ilmu berkaitan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan ALLAH. Kadangkala aku seperti kelemasan dalam mengharung pencarian yang tidak bertepi. Saat aku keresahan dan tenggelam dalam duka yang tidak nyata, DIA menyirami hati yang gundah itu dengan air kebahagiaan. Sesungguhnya hanya padaMU tempat aku bergantung dan padaMU jua tempat aku mengadu. KAU lah Maha mendengar keluh kesahku yang tiada penghujung. KAU jualah tempat aku berkongsi sekelumit kebahagiaan.


No comments: