Monday, December 22, 2008

Majlis memotong jambul dan naik buai...

Majlis yang aku hadiri ini ialah majlis anak Siti di Felda Bukit Jalur. Aku belum pernah menghadiri majlis seumpama ini walaupun aku berasal dari Negeri Sembilan. Mungkin ini kerana mak dan ayahku mengikut adat Temenggung. Adat2 di Negeri Sembilan banyak berasal dari adat Berpatih. Oleh kerana aku merasakan ia istimewa untuk dikongsi bersama, aku masukkan dalam blogku untuk tatapan semua. Aku sebenarnya dah minta tolong pada Siti untuk mendapatkan lirik gurindam atau nazam yg mereka baca....tak tahulah sama ada berjaya atau tidak. Lagi pun lirik tu panjang sangat....nasihat untuk baby tu dari dalam kandungan sehinggalah dewasa. Hampir 10 muka surat dan mengambil masa hampir satu jam untuk dilagukan. Bila aku dapat lirik itu nanti aku akan masukkan dalam post aku untuk kita kongsi.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...