Thursday, May 19, 2011

Suamiku....


Suamiku sayang,
tahukah kau apa yang aku dambakan ketika bersamamu....
bukan wang ringgit yang boleh mengaburi mata ramai orang
tapi cukuplah sekadar sentuhan kasih sayang yang terpancar tulus dari matamu...
bukan juga masa yang berjam
tapi cukuplah sekadar sedetik ciuman kasih di ubun2ku
bukan kata2 yang tak bermakna tatkala bersama
tapi cukuplah sekadar sentuhan berpegangan tangan
yang melahirkan lebih dari seribu kata-kata.

Sayangku.....
Dalam tempoh masa 16 tahun aku menjadi surimu..
sudah tentu aku tak lepas dari menggores rasamu
Bukan kerana aku tak sayang
bukan juga kerana aku tak hormat
tapi aku hanya insan biasa yang punya rasa
Hati yang tersentuh pasti ingin menyentuh juga

16 tahun kebersamamu
ku hadiahkan kau dengan izin Allah 6 permata belahan jiwa
peneman hari tua
sebagai bukti kau dan aku bersama
menjadi jambatan untuk 2 belahan jiwa.

Kini tarikh itu datang lagi
bererti bertambah lagi masa yang telah ku habiskan di sisimu
menjadi peneman perjalanan hidupmu
dalam duka dan ceriamu.

Mampukah aku terus berada di sisimu
adakah kau akan menemaniku di saat tuaku
terus menjagaku dengan kasih sayang yang amat sukar kau pamerkan
membutuhkan aku menebak dalam rindu
bernilaikah aku di sisimu
atau sekadar pelengkap tatkala perlu.

Sayangku...
Inilah luahan rasaku
yang kusampaikan dengan penuh syahdu
buatmu lelaki yang bernama suami...

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...