Friday, October 7, 2011

Masa berlalu....

Pantas betul masa berlalu....tahun ini lagi extra laju masa berlalu. Kalau aku berpaling ke belakang terasa macam baru semalam semuanya berlaku tapi kalau diukur jarak masa sudah melampaui 3 dekad. Banyak peristiwa penting berlaku tahun ini. Awal tahun nie aku berjaya menjadi tuan rumah menemukan rakan2 karib ku yang telah lebih 2 dekad tidak bertemu. Majlis yang penuh kenangan....

Tahun ini 2 anak bujangku akan mengambil ujian besar. Muhammad Azlan menduduki UPSR dan sekarang tengah berlangsung anak sulungku Muhammad Azfar tengah menduduki PMRnya. Doa kami sentiasa bersamamu permata hati ayah dan mak.

Awal pagi tadi aku dan suamiku sempat berbicara santai, sementara dua orang body guard tetap masih belum bangun tidur. Dalam waktu yang singkat ini aku mungkin akan tinggal bersama anak2 kecil ku sahaja. 2 lagi yang dewasa dah mula menebarkan sayapnya meneruskan kehidupan masing2. Aku dah terpaksa belajar menerima hakikat hidup yang akhirnya aku akan sendiri... tapi itulah kenyataankan, sampai bila kita perlu bergantung pada manusia. Akhirnya kita akan sendiri juga, tapi kalau kita bergantung dengan Allah swt...hingga akhir nafas DIA tetap akan bersama.

Kalau dulu.....satu ketika dulu jawapanku akan berbeza bila suamiku membuka cerita hari esok, tapi hari ini terlalu banyak benda yang boleh mengubah perjalanan hidup kita sekelip mata. Tiada apa yang pasti dalam hidup ini....sedangkan perjalanan dalam diri setiap detik berubah inikan pula benda diluar kawalan kita.

Banyak perkara manis yang indah untuk ku kenang begitu juga dengan pahit dan maung, semuanya seimbang....tapi kita jarang mahu mengenang perkara yang pahit dan maung. Bagiku itu semua sama penting sebab semua perkara itulah yang mendewasakan aku dan menjadikan aku manusia yang tegar menjalani ranjau dan onak berduri kehidupan.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...