Wednesday, June 29, 2011

Goodbye June....

Hari ini hari terakhir bulan Jun. Biasanya bila sudah melampaui setengah tahun, masa berlalu bergerak lebih pantas. Tahun ini dua anak bujangku akan mengambil peperiksaan besar. Along dengan PMRnya dan Azlan pula UPSR. Semoga anak2ku sentiasa dibukakan Allah swt hatinya untuk menghadapi pelajaran dan menerima setiap ilmu yang gurunya perturunkan.
Tahun depan nampaknya setapak lagi aku harus melepaskan anakku dari jangkauan tanganku. Walaupun aku jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati mereka.

No comments: