Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Ibu....





Seperti tahun2 terdahulu...hari ibu nie diraikan di antara harilahir 2 anakku....Muhammad Azlan dan Muhammad Azfar. Tapi tahun2 sebelumnya taklah diraikan pun. Cuma kadangkala aku belikan kek sebiji dan makanan ringan untuk dimakan bersama sepupu2nya. Tapi kali ini mereka telah bersedia awal dengan suamiku.....tersentuh juga naluri seorang ibu dan isteri bila kasih sayang kita dihargai. Bukan hadiah yang mahal yang menjadi perkara utama, tapi ingatan itu yang penting.
Bila aku baca kad dari azfar...pastu baca dari azlan...ayat dia lebih kurang sama jer. Nak jadi cerita bila diulas oleh azim yang belum tahu membaca tu....ayat yang dibina oleh bujang aku yg sorang tu lebih kurang jer ngan ayat yang ditulis oleh abang2nya. Maknanya memang sah mereka tu nalurinya sama....

1 comment:

Nora said...

salam cikgu.facial prcuma kpd sesiapa yg ingin try produk Marykay.jnguk blog sy..tawaran utk cikgu2 d tmpat cikgu..