Monday, February 2, 2009

Perlawanan badminton.

Sekejap sahaja masa berlalu, hari Rabu nie Azfar dah mula bertanding dalam perlawanan badminton. Kalau nak diikutkan anak ku yang seorang nie belum cukup fit lagi dari segi fizikal. Mungkin dengan teknik yang tidak seberapa yang telah aku curahkan ditokok tambah ilmu dan teknik dari suamiku serta pakciknya, dia berupaya mencantumkannya menjadi satu dan mampu menjadi senjata yang ampoh untuk dia berlawan. Aku bersyukur kerana GPK Koku sekolahnya sudi berkerjasama untuk menjadikan impian anakku untuk bertanding satu realiti. Kira pecah rekod ler juga....mana tak ini merupakan julung2 kalinya sekolahnya menghantar peserta untuk perlawanan Badminton. Pastu peserta Melayu pula.....

Minggu depan, perlawanan untuk sekolah rendah pula. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk Azri dan Azlan. Masa latihan pun aku dah lihat derang pun tak semantap mana. Niatku untuk menghantar mereka dalam pertandingan sebegitu ialah untuk membina jati diri mereka. Bagaimana untuk mengawal perasaan bila menghadapi ramai orang yang memberi tumpuan pada mereka. Bukan mudah untuk melawan rasa gementar....dan bukan semua orang bersedia untuk menghadapi suasana begitu. Apa yang penting bagiku anak lelaki mesti berani. Tegas dalam lembut....kekadang ia tidak semudah yang diucapkan.

Apa2 pun....doa dari mak....semoga anak2 mak berjaya dan mak sentiasa di belakang kalian untuk memberi sokongan moral dan mental. I love you all sayang....

No comments: