Monday, February 9, 2009

Surprise 4 the day...

Sebelum kami balik ke Melaka, aku anak beranak sempat singgah ke Hutan Lipur Lentang dekat area Genting Sempah. Udara di situ masih segar lebih kurang udara di Bukit Tinggi....cuma rasa panas mula terasa menggigit. Aku terasa nak juga join sekaki mandi tapi bila memandangkan tempat nak tukar baju limited....baik aku jadi tukang tunggu barang jer. Atleast aku boleh spend masa ku dengan mengambil gambar. Terasa aku makin serius dengan hobi yang agak lama aku tinggalkan. To be exact.....hobi yang aku tinggalkan bila aku mula2 berkahwin. Bukannya aku tak mahu meneruskan minatku, tapi kekangan masa yang aku hadapi. Dengan keadaan kami yang baru mengharungi hidup berumahtangga dan setahun lepas itu rezeki kami yang merupakan amanah dari DIA bertambah seorang demi seorang. Masaku sudah tentu terikat dengan mereka.

Kini terasa masa itu masih boleh ku kira kembali menjadi milikku. Aku harus meneruskan minatku yang terberhenti satu ketika dulu. Banyak yang harus ku kejar....tapi aku rasa gembira dan teruja. Bukankan itu merupakan satu cara agar aku harus lebih menghargai setiap saat masa yang hadir dalam hidupku. Bukan semua orang mendapat peluang kedua untuk menghargai hidup....Allah swt masih mengasihiku....semoga doaku setiap saat itu mampu menjadi benteng untukku menghadapi segala dugaan yang mendatang.

Di bawah ini adalah surprise bagiku....dua serangga yang begitu manja denganku. Beberapa kali dihalau oleh anak2ku tapi dua serangga ini masih enggan pergi dari ibu jari kakiku. Begitu indah ia berterbangan dan kemudian kembali ke ibu jariku untuk bersantai. Selamat menghayati salah satu keindahan alam.







Semoga apa yang kurasa saat itu juga turut dinikmati oleh mereka yang berkunjung di sini.

No comments: