Monday, January 12, 2009

Jika suatu ketika nanti.....

Tadi balik dari rumah MILku, kami anak beranak berbual santai. Topik yang jadi perbicaraan kami antaranya peperangan di Palestin.....rupanya peka juga anak2ku. Sekarang roti Gardenia yang menjadi kegemaran mereka dulu telah ditukar kepada produk tempatan, si Korie siap tengok lagi siapa yang mengilangkan roti itu. Biasalah anak aku yang sorang tu terlebih prihatin.
Topik kedua yang jadi perbincangan banyak berkisar tentang nenek saudaraku, actually nenek sebelah hubby. Hari ini bila aku melawat dia, dia sedang terbaring dengan kepala diikat dengan kain. Ku raba dahinya....panas. Nie mesti demam makan hati dek cucu sulongnya yang sorang tu, semalam dia siap tebang orang tua tu punya pokok belimbing kesayangan....apalah nak jadi dengan dia. Langsung berlarut dengan ceritaku tentang hari tua....dan impianku. Aku bilang ngan anak2 bila aku tua nanti aku nak join rumah orang2 tua, menjerit anak2ku marahkan aku. Mereka siap cakap....mak bukannya takde anak, nape sampai nak duduk rumah orang2 tua. Aku pun jelaskan...bukankah senang aku duduk rumah orang tua2, aku ada rakan2 yang sebaya, aku senang nak beramal ibadah, aku boleh berbual kosong dengan orang sama jiwanya ngan aku....or aku tetap merempit ngan kekawan ku kat DCCK dengan peralatan yang lebih canggih. Bila anak2ku rindu kat aku mereka boleh datang jengok aku, atau aku datang rumah mereka semalam dua. Apa yang penting aku bebas untuk bergerak ke mana sahaja. Aku mungkin jadi nenek rugged bawa kereta dua pintu. Cukup duit jer aku keluar gi umrah dengan kawan2 seangkatan. Bukankah dunia ini terlalu indah untuk disia2kan.
Anakku korie yang paling menentang keras, dia siap kata nak suruh isterinya tak payah kerja jaga aku....aku gelakkan, aku kata macamlah mak ni dah terbaring atas katil nak jaga sampai macam tu. Aku bangga dengan anak2ku....pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga kami, anak2ku dengan penuh sedar mengharunginya bersamaku. Bukankah itu nikmat terbesar ALLAH swt kurniakan kepada aku sebagai ibu mereka. Bila mereka tetap membantah impianku, dari yang sulong sampailah yang ketiga....yang keempat si comel Azim masih terlalu kecil untuk mengerti....aku jelaskan...kalau aku duduk rumah orang tua pun, rumah orang tua tu paling kurang pun mesti lebih kurang taraf 4 bintang, aku ada bilik sendiri, pc sendiri dan segala kemudahan peribadi sendiri. Kalaulah masa tu rumah orang tua impianku belum terbina, akulah yang bakal menjadi pengasasnya.....wah! jauhnya impian.....bukan jauh manapun kan, pejam celik pejam celik kejap jer masa berjalan....tengok2 dan tahu2 jer benda dah sampai depan mata.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...