Wednesday, January 7, 2009

Here i come....

Tahun ni havoc betul, awal tahun lagi aku dah kena mark ngan GB...alahai nasib. Agaknya aku dan sorang lagi kawan aku sentiasa ada dalam minda GB aku nie baik dalam jaga mahupun tidurnya....he he he...semalam masa meeting sikit punya kelakar. Aku minta abang Rasyid punchkan Rancangan Tahunan aku....pastu dia nampak, siap aku kena perli lagi. Mula2 tu dia puji sikit...pastu kena perli yang banyak. Aku diam jer malas nak jawab.....dah tau buang air liur jer bertekak dengan dia. Lagi baik aku layan berstory ngan Chah. Anyway hijrah tahun nie aku mulakan dengan azam baru. Walaupun apa yang bakal terjadi dalam perjalanan hidupku, yang penting suma mesti hepi.

Aku dah mula mencantikkan kelas, azam baru ler katakan. Anak2 muridku adalah dari kelas terakhir...faham2 jer ler. Tapi masih in control lagi. Aku tetap sayang derang sebagai ibu angkat mereka. Ada 2,3 orang rajin tolong aku menyapu kelas....alahai kenit2 sangat lagi. Anyway masih menjadi buah hati pengarang jantungku....terlalu banyak impianku pada mereka. Harap2 aku mampu menjadikan impian aku kenyataan walaupun 70%.

No comments: