Sunday, November 2, 2008

3 November 2008

Kek dan kad harijadi dari kami anak beranak....

Baki kek yang tinggal suku sahaja lagi.
Best woo and sodap!!! gembira aku bila hubby dan anak2 suka dengan kek yang aku beli.



Gambar gembira birthday man....
Hari ini genap 19 tahun kami berkenalan....bercinta... dan masih lagi bersama. Banyak dugaan yang kami lalui sepanjang tempoh itu...dan juga sudah pasti masih ada lagi dugaan yang bakal kami lalui untuk hari-hari yang mendatang. Bukan mudah mencari dan mencipta kekuatan jika tanpa izin dariNYA. Menyelak satu persatu kelemahan dan kekuatan ada banyak baiknya. Kelemahan kita jadikan sempadan dan kekuatan kita jadikan panduan dan obor untuk menyuluh bila kita melalui lorong-lorong gelap tanpa cahaya.
Dugaan yang singgah dalam hidupku juga banyak mendewasakan aku. Mengajar aku erti ketabahan, kesabaran, kekuatan dan ketentuan. Dari 4 K itu, aku belajar menghargai...bukan sahaja orang lain tapi yang paling penting, aku belajar menghargai diri sendiri. Bak kata ayahandaku yang tercinta; " selamatkanlah diri along dulu...kemudian barulah fikirkan untuk menyelamat orang lain...." Terima kasih ayah...terima kasih kerana pengertianmu ketika anakmu teraba-raba. Kau mendidikku agar menjadi insan yang tidak lari dari masalah tapi belajar menghadapi masalah.
Buat suamiku tersayang,
Semoga hari esok masih menjadi milik kita berdua. Impian yang kita metrikan 19 tahun lalu akan menjadi kubu melindungi kita dengan segala cubaan sehingga ke hujung nafas kita yang terakhir. Hubungan yang kita kukuhkan dengan 4 cahaya mata permata hati itu menjadi bukti kasih sayang yang terjalin tidak bertepi.




No comments: