Wednesday, August 12, 2009

Second injection.....

Besok aku akan di suntik lagi sekali ubat untuk mematangkan peparu baby. Kali ini aku bakal ditemani oleh suamiku . Terasa teruja juga sebab sepanjang tempoh aku mengandung sebanyak 6 kali ini suamiku masih boleh dikira dengan jari di tangan kanan berapa kali dia sudi menemaniku. Bukan apa biasalah bila aku menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.....masa menunggu itu merupakan satu penyiksaaan bagi suamiku....he he he...betul tak sayang ?.... Cuma rasa sangsi masih bersarang dihati....mampukah suamiku bertarung dengan masa menunggu yang membosankan itu....atau tahap kesabarannya akan teruji sepenuhnya esok.

Tadi satu lagi kematian H1N1 di GH melaka.......hmmm.....besok aku check kat sana pula, semoga aku dijauhkan dari segala mara bahaya. Entah lepas entah tidak nak letak azim kat rumah ibu esok, biasalah ayah ada sure dia nak berkepit dengan ayahnya. Kalau azim tak pergi rumah ibu...hai terlepas ler suamiku nak menemani aku esok. Maybe ada hikmahnya....anyway aku dah rasa happy bila suamiku dah ada niat untuk pergi menemaniku....terima kasih sayang.

Petang esok ingat nak ambil gambar studio aku ngan jubah konvo.....kenang-kenangan ngan anak2. Bukan senang aku bertarung sepanjang 6 tahun untuk menamatkan pengajianku. Isnin nanti lepas konvo jubah tu nak terus dipulangkan....semuanya kena buat hari ini. Aku berhajat untuk ambil gambar dengan mak dan ayah ngan jubah tu, tapi nanti aku konvo dah lewat....tak tahu ler sempat ker tidak. iskh! iskh! payah tul nak fikir.....

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...