Tuesday, June 9, 2009

Journey to Trengganu....( 1 )

Percubaan pertama pergi holiday dalam kumpulan besar. 5 family yang akan turut serta dalam percutian kali ini. Perjalanan kami akan dimulakan pukul 5 pagi. Aku dah bangun pukul 4 lagi untuk menyiapkan bekalan alas perut dalam perjalanan nanti sementara sampai ke perhentian pertama di Gambang untuk bersarapan. Tahu2 sajalah anak2 bujang ku mana boleh menahan lapar sehingga ke gambang.

Masing2 tengah sibuk mengisi perut...

Berehat sebelum memulakan perjalanan semula



Kami tiba di Gambang pukul 8.30 pagi. Berhenti bersarapan di hentian Gambang dengan bekalan yang disediakan oleh Kak Nurah. Aku mulanya dah masakkan air mata kucing, tapi gula melaka yg ku masukkan itu tidak memberi rasa yang enak langsung aku tinggalkan sahaja. Kami minum air kopi yang dibawa oleh kak Nurah juga. Perjalanan diteruskan sejam kemudian.


Hentian kami seterusnya di Kemaman untuk menikmati sata segar. Kami berhenti makan sata di tepi pantai Mak Nik. Habis 2 bungkus sata. Sempat singgah di rumah kenalan lama kami Siti Hajar. Pucuk di cita ulam mendatang....semua tengah dahaga air dingin, Siti pula menghidangkan kami dengan air oren sejuk. Apalagi jag air tu macam bocor sahaja lagaknya. Lepas satu jag, satu jag lagi Siti menyediakan air untuk kami.

Sata yang sedang dipanggang...enak...

Sedang membungkus sata sebelum dipanggang

Menikmati sata di Pantai Mak Nik

Hampir sejam lebih kami berhenti di Kemaman, perjalanan diteruskan ke destinasi kami di Marang. Cuaca sungguh menguji kesabaran. Rasa panas begitu menyucuk kulit. Nasib baik alahanku pada matahari dah berakhir, kalau tak parah juga aku dibuatnya. Rakyat kat belakang dah bising berebut aircond. Pukul 2.30 petang kami sampai ke destinasi. Semua dah keletihan, ingat nak berhenti makan tengahari tadi pun tak jadi, masih terasa kenyang makan keropok lekor di rumah Siti tadi.


Petang belum ada agenda yang pasti lagi, dengar cerita family lain nak pi tengok expo. Masalahnya anak2 aku bukan type suka melepak di expo. Last2 berpecah ler....kami anak beranak lepak kat Pantai Pandak....yang family lain pi expo. Kat bawah nie aku sertakan event mereka kat pantai.


Rakyat2 ku yang pantang jumpa air....

Suamiku dah sengsing seluar incase ada tugas menyelamat......

Aktiviti father and sons.....sang ayah tengah bagi arahan.....

Pakatan kerjasama yang bagus.....part nie memasing memang sependapat...

Ayah pun menghulurkan tangan membantu....

Ayah pun tumpang sekaki membina istana pasir.....

Mahkota rumpai laut....

Sunset di pantai Pandak...

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...