Tuesday, June 23, 2009

Di mana tahap kandunganku sekarang....?

Inilah gambaran baby dalam kandunganku sekarang. Sudah lengkap sifatnya. Mungkin kita tidak pernah mengambil tahu dalam usia kandungan kita pada setiap minggu bagaimana perubahan yang telah berlaku pada baby. Kali ini aku cuba yang terbaik untuk menghayati setiap minggu usia babyku meningkat. Cuma satu yang menjadi kegusaran hatiku......aku amat malas makan vitamin....banyak lupa dari ingat. Rasanya aku perlu membeli obimin esok. Paling tidak ia telah menyediakan kandungan minima yang diperlukan oleh babyku untuk membesar.

Doakan semoga kali ini kurang sikit rintangan yang perlu aku harungi hingga ke penghujung. Tapi mengandung dalam usia yang begini banyak kelemahannya....terutama bila aku terpaksa mendaki tangga sehingga tingkat 4 setiap hari persekolahan. Anyway...think positif...sekurang2nya ia menjadi salah satu senaman yang aku lakukan tidak secara langsung setiap hari.....( kalau malas tu.....cakap jer ler malas nak bersenamkan....)

No comments: