Saturday, August 4, 2012

16 Ramadhan....2012

Pejam celik sudah masuk hari ke-16 puasa.  Azim pun berjaya berpuasa penuh walaupun ada harinya dia  tersangat lembik ( main tak ingat...kih kih kih ).  Tahun nie terasa kelainannya berpuasa. 2 bujang teruna dah masuk asrama. Nasib baik Azim tak secerewet Azri masa berbuka.  Apa saja yang mak masak dia makan jer.

Minggu nie, minggu berbuka di rumah....anak2 semua balik....iskh pening plak nak fikir nak masak apa. Hari Jumaat dah masak kari ayam, ikan patin masak tempoyak, sayur dan tak lupa murtabak daging maggi.  Suka tengok memasing makan bertambah2.  Semalam menu tak berapa kena kot. Ikan terubuk bakar, lala goreng tomyam, jantung pisang masak dengan ikan masin dan tak lupa jejemput jagung jeragau.  Hari nie menu paling simple....masak nasi lemak sambal udang, tapi ada order murtabak maggi dan makaroni cheeze...he he he....tunggu dan lihat jadi ker tak...

Dah nak masuk dapur....kul 5 dah nak gerak hntr memasing balik asrama....bye bye....

No comments: