Tuesday, March 31, 2009

Pregnant lagi....

Selepas 4 tahun pencen dan tidak merancang untuk tidak menambah qota lagi aku mula mabuk2 minggu lepas. Terasa cuak juga sebab bulan lepas aku miss datang bulan. Oleh kerana dah buat perancangan sendiri aku taklah risau sangat.....kononnya. Yelah rasa2 precaution dah baguskan. Tapi siapa kita untuk mendahului ALLAH swt. Bila Dia dah kata kun fa ya kun... siapa yang mampu menahan arahan itu.


Mulanya aku tidak menyangka apa2 atas kelewatan itu...biasalah aku kekadang 2, 3 bulan tak datang anak sedara menziarah... tapi minggu nie bila aku nak menggoreng ikan terus tekak aku meloya semacam tu yang jadi cuak. Pastu aku kena pedih ulu hati....penyakit yang hanya aku dapat bila mengandung. Nak jadi cerita dari minggu lepas aku dah mula angkat cabai jadi ulam aku, satu lagi penyakit masa mengandung yang dah sinonim ngan aku.


Nak tahu perasaan aku masa buat urine test....bila warna pink tu semakin menular dan membentuk dua garisan halus yang samar kemudiannya semakin terang.....aku sendiri tak mampu nak discribe apa yang aku rasa. Sesungguhnya hanya DIA yang maha mengerti dan hanya DIA sahaja yang tahu kenapa aku dianugerahkan dengan hadiah ini...


Semoga dengan doa kalian....hubungan aku ngan hbku berkekalan....semalam aku dapat satu ilmu baru. Dalam kehidupan apa yang kita fokuskan....di mana kita ? Adakah kita jenis orang yang lihat baru percaya....atau percaya baru lihat...




Gambar baby 10 weeks...

2 comments:

iqbalqis said...

Tahniah akak..!!
semoga anugerah yg ALLAH beri ini mengeratkan lagi hubungan akak ngan HB n anak2...amin..

dan disebalik kehamilan itu jugala ada hikmah yg tersembunyi...

doaku untuk akak agar kebahagian itu berkekalan ...
mana la nak tau dapat GIRL lak kali ni...:)

yatie a.k.a maetty said...

congrate to u & your hb... hope all your wish come true..insya-allah...