Monday, January 21, 2013

Antara hari2 yang indah....



Makna satu sentuhan

Kadangkala kita tak semestinya bersentuhan untuk merasa. Satu ucapan....satu tindakan...satu gerakan boleh menggambarkan berlakunya sentuhan. Itu semua adalah sentuhan rasa. Hari ini Allah menganugerahkan satu kebahagian menjadi seorang  pendidik. Sudah masuk 3 minggu seorang anak muridku dari kelas akhir hari ini mengekor aku di kelas.  Dia paling pendiam. Semua guru yang masuk ke kelasnya memberi komen dia seperti tiada reaksi.  Denganku pun tidak ketinggalan. Tapi bila dia melihat aku memandangnya sudah tentu dia menghadiahkan satu senyuman manis. Hari ini aku berada di kelas tahun 4. Murid-muridku mengadu Adam berada di luar pintu memerhatikan aku. Mulanya aku biarkan sebab aku masih dalam proses penerangan bersama pelajarku. Selepas aku memberi mereka tugasan Adam masih terus berada di tepi pintu memerhatikan aku dengan senyuman. Aku memanggilnya masuk. Aku menawarkan kerusi kosong dan meletakkannya di sebelahku. Adam memberi respon yang begitu menyentuh rasaku. Dengan senyum lebar dia masuk dan duduk di sebelahku. Semasa anak muridku datang bertanyakan sesuatu aku lihat Adam bergerak keluar. Aku sangka dia sudah mahu balik. Rupanya dia datang semula dengan kertas dan pensel. Melihat aku seperti memberi tandatanya....dia terus memberitahuku dia nak menulis namanya pada kertas itu. Bila aku memintanya membuat operasi tambah yang mudah dia mengangguk dengan malu-malu.

Sedang Adam mula menjawab soalan yang kedua....terdengar suara kecoh di luar kelasku.  Rupanya ayah Adam sudah puas mencari dia di merata tempat.  Aduhai....jangan ler ayah dia tuduh aku menahan anaknya.Tapi tak mengapa....aku ada 36 orang saksi yang Adam datang untuk bersamaku. Bukan aku yang memanggil dia. Bila melihat muka polos dia....bagaimana dia memandangku semangat aku untuk mendidik anak bangsa kembali meluap. Mendidik dengan kasih sayang lebih memberi makna dari mendidik sekadar mendidik. Satu rasa nikmat yang tak mampu diungkapkan dengan tindakan Adam hari ini. Terima kasih sayang....mengingatkan gurumu ini mengajar itu tak semestinya mengikut sylibus sahaja....kadang kala dengan sentuhan kasih sayang lebih memberi makna seperti mana 16 tahun dulu seorang anak murid kelas pemulihan berjaya dapat A dalam matematiknya kerana dia amat sukakan aku.  Juga bagaimana seorang anak muridku dari kelas akhir datang padaku dengan bangga di hentian Senawang mempamerkan lori bergerak miliknya. Kata2 tulus terima kasih cikgu dari mereka ini sungguh memberi makna yg besar dalam kerjaya dan hidupku.

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SENTUHAN KECIL YANG KAU ANUGERAHKAN PADAKU....







No comments: