
Selamat hari lahir buat suami yang ku kasihi dan cintai sepenuh hati kerana Allah swt. Tiada hadiah beribu ringgit mampu ku persembahkan dan tidak juga kek bertingkat mengiringi. Apa yang ku mampu cuma rasa kasih dan sayang yang tidak bertepi buatmu dengan izinNYA.6 permata hati ku kandung 9 bulan dan kulahir sebagai bukti cinta dan kasihku buat mu. Walaupun masa terus berjalan kau dan aku tak segagah dulu. Ramai tamu sudah mula berkunjung datang menghuni jasad diri. Tapi kasih ku tetap jitu hanya kau yang satu. Tarikh ini 21 tahun dulu kau dan aku bersemuka 2 pasang mata tanpa mampu menduga akhirnya sebuah cerita. Tapi bila sudah tertulis kau tercipta untukku dan aku tercipta untuk mu hanya pada DIA kita memohon agar jodoh itu berkekalan hingga ke hujung nyawa. Luv u my beloved hubby and happy besday.
No comments:
Post a Comment