Monday, October 19, 2009

Blog yang bersawang...

Lama betul aku tak menulis di sini....leka dengan fb, berladang secara virtual...he he he. Aku dah mula bercuti seminggu. Semalam pergi ambil MC di klinik keluarga kami, free of charge. Nasib baik pergi masa klinik dah tutup sebelah pintu, kalau tak panjang lebar aku kena dengar ceramah Dr Nik. Alahai tak menahan telinga. Masa berlalu semakin pantas, tak terasa perutku yang semakin membesar. Terasa baru semalam aku disahkan mengandung. Ramai yang mendoakan agar kandunganku kali ini adalah seorang putri, malangnya ikut keputusan scan aku tempohari maasih lagi bujang teruna yang bakal melihat dunia ini. Anyway sayang....mama tak kisah baby boy or baby girl. Janji baby yang mama lahirkan sihat dan cukup sifatnya....itu yang paling penting dan utama. Mama tetap sayang awak sama macam mama sayang abang2 yang lain. Semoga minggu depan lebih bererti kepada kami sekeluarga....

No comments: