Thursday, October 30, 2008

Pinjaman dari Amy's......

Terima kasih Amy atas petikan yang KC pinjam dari blog amy, rasanya ia berguna bagi KC. Semoga kita berjaya mempertahankan segala yang telah kita bina dengan susah payah. Sesungguhnya ALLAH swt itu maha mengerti.


CARA BERTENGKAR YANG POSITIF

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya? '

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas'ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu.

Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap
- Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan
- Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya
- Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan
- Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah
- Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara
- Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja
- Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan terlalu emosional
- Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik
- Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur
- Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.


11. Dengar luahan isteri
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak
- Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar
- Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party
- Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah
- Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai
- Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan
- Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan
- Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Tuesday, October 28, 2008

Pertandingan Tarzan....

Wajah2 ceria permata hatiku....

Azfar dan Azlan tengah nak test power bergayut macam tarzan.


Azim pun tidak mahu kalah untuk tunjuk kemahiran bergayut.....pegang baik2 sayang, kalau jatuh ....sakit....

Satu....dua....tiga.....




Jangan dahan pokok patah dahlah yer sayang.....terlebih berat....he!he!he! anak mak tak boleh marah, nanti kena jual....




Lagi telatah anak2ku...(1)

Pakat bagus punya....

Azim dengan abang Lan buat istana pasir yer....??



Azim senduk apa tu ???




Apalah yang Azim belek kat pasir tu.....ada emas ker sayang ???



Wah! Dah penuh pasir abang Ngah...berapa besar nak buat istana tu ??




Kau dan aku (2)

Azim join sekaki...jeles mak n ayah ambil gambar berdua....

You n Me...


Gambar yang diambil oleh anakku Muhammad Azfar, ayah dia kata gambar ni tak proper...mata dia tertutup....anyway saja jer letak..


Sehari di Pengkalan Balak

Suamiku sebagai pemerhati keletah anak2

Permata2 hati kami....masing2 bila jumpa air...



Si kecil yang manja...Azim...nak makan mak suapkan...




Abang ngah Azri pun nak manja juga....so kenalah mak suapkan juga...



Kalau abang ngah dah kena suap....abang Lan pun nak manja juga....he!he!he!




Keletah anak2ku.....bila sorang dah nak bermanja yang lain pun tumpang sekaki. Sudah agak lama juga kami tidak berkunjung ke pantai. Masa ni assigment aku 3 menanti untuk di siapkan.. tapi kerana permata2 hatiku dan suami tersayang...ku pejamkan mata untuk ikut kehendak mereka. Yelah mana tahu bila kita menggembirakan hati insan2 yang mengasihi kita ALLAH swt akan permudahkan urusan kita seterusnya untuk hari itu.



Monday, October 20, 2008

Self knowledge....

Something to think of......

Your hearts know in silence the secrets of the days and the nights.
But your ears thirst for the sound of your heart's knowledge.
You would know in words that which you have always know in thought.
You would touch with your fingers the naked body of your dreams.

And it is well you should.
The hidden well-spring of your soul must needs rise and run murmuring to the sea;
And the treasure of your infinite depths would be revealed to your eyes.
But let there be no scales to weigh your unknown treasure;

And seek not the depths of your knowledge with staff or sounding line.
For self is a sea boundless and measureless.
Say not, "I have found the truth," but rather, "I have found a truth."
Say not, "I have found the path of the soul." Say rather, "I have met the soul walking upon my path."

For the soul walks upon all paths.
The soul walks not upon a line, neither does it grow like a reed.
The soul unfolds itself, like a lotus of countless petals.


~ Kahlil Gibran ~

Menyambut Aidil Adha di Bengkulu, Indonesia (2)





Bila dilihat dari gambar2 yang sedia ada....betapa semangat kekeluargaan itu erat terjalin walaupun kami terpisah oleh selat Melaka. Siapalah kita di dunia ini jika kita keseorangan...tapi yang pasti kita akan keseorangan di dunia yang satu lagi....wallahualam...

Menyambut Aidil Adha di Bengkulu, Indonesia (1)

Jika menyambut Raya Korban, sudah tentu tidak lengkap jika tiada pengorbanan yang dilakukan. Alahai sang lembu.....betapa beruntungnya engkau..

Suamiku bersama ayah dan ibu serta 2 orang anak kami di lobi Hotel Horizontal, Bengkulu, Indonesia sebelum kami mengerjakan solat sunat hari raya

Adik dan ibuku sedang menikmati sarapan pagi setelah selesai solat sunat hari raya. Untuk makluman....hanya kami sekeluarga sahaja yang menginap di hotel tersebut kerana terdapat ramalan yang mengatakan Tsunami kedua akan berlaku di sana.


Di rumah abang sepupuku Lukman Hakim, di Nusa Indah. Kami bergambar dengan sepupuku Saidina serta isteri dan anak2nya.


Ketika menziarahi seorang lagi sepupuku, Syarifuddin...

Sunday, October 19, 2008

Azim....kesayangan semua...

Azim yang keletah ...membawa kegembiraan pada kami. Kasih sayangnya yang tulus memberiku kedamaian. Tapi bila masa dia merajuk, semua orang tak boleh tahan.....betul tak Azim....sayang mak !

Permata hatiku....


Bersama anak2 bujang kesayanganku.....
keranamu sayang
ibumu
tetap berdiri tabah
walau apapun yang merintang
walau apapun yang mendatang
kau menjadikan
ibumu
setegar batu di persisiran
sesetia pasir dipukul ombak
semoga
dengan kasih sayangmu
anak2ku
ibumu akan tetap bersatu....

Joy.....

Salah satu poems yang aku rasa sesuai untuk aku masukkan di sini.


Joy

joy is here
joy is there
it never fades
because we care

why worry
when things go wrong
when joy can help
keep growing strong

joy is a beautiful thing
like swaying back and forth
on a magical swing

if you had joy in the past
you can bring it back
and it will always last

by Ti'ara D. Perry

Kejujuran dan keikhlasan...

Ini aku petik dari kata2 seorang rakan mayaku....terima kasih tok. Semoga aku dan sesiapa sahaja yang sudi melayari blog aku ini mendapat manfaatnya. Inilah yang ingin ku utarakan tapi lidah tak begitu pandai berkata2...ini juga yang ingin ku paparkan tapi jari kaku untuk mengungkapkan.....

Kejujuran dan Keikhlasan

Kejujuran dan keikhlasan, serta apa-apa saja yang berkaitan dengan isi hati adalah hanya diketahui oleh tuanpunya badan dan Allah Taala sahaja, Tuhan yang seluruh isi hati manusia berada di dalam genggamanNYA.

Sejauh manakah kemampuan manusia untuk mengukur keikhlasan dan kejujuran seseorang yang lain? Kalaupun manusia mendakwa bahawa mereka mampu dan boleh menyimpulkan keikhlasan dan kejujuran orang lain, akan ada orang lain pula yang datang dengan hujah-hujah yang berbeza, dan mendakwa bahawa dia lebih tahu mengenai kejujuran dan keikhlasan itu.

Manusia hanya mampu melihat sesuatu yang fizikal, yang dizahirkan oleh seseorang yang lain. Pengukur yang ada pada manusia hanyalah panduan-panduan dari Allah Taala dan RasuluNYA SAW, dan membuat perbandingan secara fizikal, siapa yang kelihatan lebih dekat degan panduan-panduan yang tidak boleh dipertikaikan oleh sebarang makhluk itu, sedangkan apa yang terkandung dalam hati pelakunya diserahkan kepada Allah Taala semata-mata.

Jika manusia mencuba juga untuk menyimpulkan keikhlasan serta kejujuran seseorang yang lain, maka kesimpulan itu sudah tentunya timbul, terbit dan datang dari adaian mereka semata-mata, sedangkan mereka tidak pernah tahu dengan tepat apa sebenarnya dalam hati orang yang keikhlasannya sedang diukur itu.

Wallaahu a'lam.

Banyak perkara yang berlaku semalam...terutama bila tentang keikhlasan dipersoalkan. Apa yang sedang berlaku dalam hidup ini kadang2 sukar untuk kita ukur. Ada perkara kita mungkin ikhlas tapi bagi setengah perkara lagi kita berlakon untuk ikhlas....walau bagaimana hanya ALLAH swt sahaja yang mampu mengetahui sejauh mana ikhlasnya kita.

Friday, October 17, 2008

Kau dan aku....

Gambar kami di Padang, Indonesia sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Gambar di Dataran Malboro, Bengkulu, Indonesia.




Gambar di Dataran Sejarah, Banda Kaba. Melaka
Semoga ALLAH swt satukan kami ke akhir hayat kami berdua.....hanya kematian yang bakal memisahkan kasih sayang antara kami dan anak2 kami....ammmmiiiiinnn.

One more poem from my dear friend....

" SOMETHING TO THINK "

People are often unreasonable,
irrational, and self-centered.
Forgive them anyway.

If you are kind,
people may accuse you of selfish,
ulterior motives.
Be kind anyway.

If you are successful,
you will win some unfaithful friends
and some genuine enemies.
Succeed anyway.

If you are honest and sincere
people may deceive you.
Be honest and sincere anyway.

What you spend years creating,
others could destroy overnight.
Create anyway.

If you find serenity and happiness,
some may be jealous.
Be happy anyway.

The good you do today,
will often be forgotten.
Do good anyway.

Give the best you have,
and it will never be enough.
Give your best anyway.

In the final analysis,
it is between you and God.
It was never between you and them anyway.

Semoga anda sihat sejahtera adanya, insyaAllah.

Terima kasih di atas ayat2 yang pernuh bermakna itu. Semoga aku mendapat iktibarnya.

Cerita tentang erti cinta.....

The picture is telling the suffering of a poor bird shocked with his wife's fatal injury.Here his wife is injured and the condition is very appalling



Here he brings her food and attend her with love and compassion

Brings her food but shocked with her death and try to move her

He is aware that his sweetheart is dead and will not come to him again he cries with adoring love

Stand beside her and scream saddened of her death.

Finally aware that she would not return to him and she departed him, stand beside her body with sad and sorrow.


Nie aku pinjam dan ambil masuk kat sini dari blog "abah"..... TQ abah kerana pinjamkan untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog aku. Semua ketentuan ALLAH swt, jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan DIA. Siapalah kita untuk menidakkan semua itu tapi luka yang berdarah mengambil masa untuk sembuh. Mustahil hati yang dah berkecai mampu dicantumkan sekelip mata. Oleh itu untuk orang2 yang mengasihiku....bersabarlah.....aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik, untuk diriku dan orang2 yang mengasihiku sepenuh hati.

Thursday, October 16, 2008

What Marriage means....

One more poems from my beloved sis....

~Marriage ~

You were born together,
and together you shall be
for evermore

You shall be together
when the white wings of death
scatter your days

Aye, you shall be together
even in the silent memory of God

But let there be spaces
in your togetherness
And let the winds of heaven
dance between you

Love one another,
but make not a bond of love
Let it rather be a moving sea
between the shores of your souls

Fill each other's cups
but drink not from one cup

Give one another
of your bread but eat not
from the same loaf

Sing and dance together
and be joyous,
but let each one of you
be alone,

Even as the strings
of a lute are alone
though they quiver
with the same music

Give your hearts,
but not into each other's keeping

For only the hand of Life
can contain your hearts.

And stand together
yet not too near together

For the pillars
of the temple stand apart,
And the oak tree
and the cypress tree
grow not in each other's shadow

Kahlil Gibran - The Prophet

Wednesday, October 15, 2008

Self worth......

Kata2 yang indah ini aku perolehi dari seorang rakan yang akhrab denganku, walaupun kami cuma berhubung secara maya.....terima kasih kak,

Self Worth [ Don't try to be what you are not. Be yourself. ]

Do not undermine your worth
By comparing yourself with others.
It is because we are different
That each of us is special.

Do not set your goals
By what other people deem important.
Only you know what is best for you.

Do not take for granted
The things closest to your heart.
Cling to them as you would your life.
For without them, life is meaningless.

Do not let your life slip through your fingers
By living in the past nor for the future.
By living your life one day at a time,
You live all the days of your life.

Do not give up
When you still have something to give.
Nothing is really over
Until the moment you stop trying.
It is a fragile thread
That binds us to each other.

Do not be afraid to encounter risks.
It is by taking chances
That we learn to be brave.

Do not shut love out of your life
By saying it is impossible to find.
The quickest way to receive love is to give love;
The fastest way to lose love is to hold it too tightly.

In addition,
The best way to keep love is to give it wings.
Do not dismiss your dreams.
To be without dreams is to be without hope,
To be without hope is to be without purpose.

Do not run through life
So fast that you forget not only where you have been
But also where you are going.
Life is not a race but a journey
To be savored each step of the way.

So smile.... and let the sun shine through.
For there's someone, somewhere, watching over you.

Thanks for everybody who believe in me......I love u all. Untuk sayangku....berilah ruang untuk aku bergerak dan menentukan hala tuju yang bakalku pilih. InsyaALLAH aku tidak akan sesat bilamana hidup dan matiku telah kuserah sepenuhnya kepada Penciptaku....ALLAH swt.

Perang lumpur...

Bersantai sebelum perang lumpur bermula...

Azfar dan Ikram....kita geng kan...



Cantik tak body I ???

Anak buahku Adam...satu kepala penuh dengan lumpur...


Keletah anak2ku bertemu air...(2)


Azim belajar berenang...


Okay ker abang korie....

Di kolam renang sagil.....Azim nak pergi mana tu ???


Azim kecil2 lagi dah jadi hantu air....tu gambar dia masa 7 bulan kat Water World...


Keletah anak2ku bertemu air...(1)

Azim dah ready nak terjun tiruk.....

Lompatan berani mati....


Baru turun dari gelongsor keluarga...


Alan di Air Terjun Suban, Curup, Indonesia...


Kalau nak bergelut tu bukan kira masa....ikut suka dia orang aje...

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...