Thursday, January 8, 2009

Tentang hijrah....

Hijrah boleh membawa seribu definisi....semua bergantung pada individu yang mengucapkannya. Bagiku hijrah itu ialah aku berubah atau berganjak dari satu stage yang kurang baik kepada satu stage yang lebih baik. Aku yang setahun dulu dalam keadaan yang serba tak kena so untuk tahun ini aku berharap semuanya akan menjadi lebih smooth dan aku terus mendapat kasih sayang dari NYA sebagaimana aku belajar mengasihi semua orang disekelilingku keranaNYA. Kadangkala sukar untuk menganjakkan pradigma itu. Sukar untuk sentiasa berbaik sangka...kekadang tersangka buruk gak, cuma aku cuba membataskan tempoh masa untuk bersangka buruk itu sesingkat yang mungkin. Bukan apa setiap detik semasa kita bersangka buruk itu merupakan detik2 yang begitu menyakitkan. So dengan memendekkan tempoh masa bersangka buruk juga membawa makna aku memendekkan rasa sakit yang menyelubungi hatiku....parah wooo. Detik2 semasa dalam kesakitan begitu lambat berjalan berbanding ketika berada dalam detik2 gembira. Untuk itu dari pesanan penaja....sentiasalah bersangka baik.....bersangka baik membuat hidup lebih bermakna.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...