Tuesday, January 20, 2009
Aktiviti malam Sabtu....
Dah 2 minggu anak2ku masuk kelas berenang, dan sudah dua minggu juga aku dating dengan suamiku di Taman MPBB sambil berpegangan tangan. Kadang2 kita tidak menyedari keperluan untuk masa2 bersama itu sehinggalah dugaan datang melanda. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati semua itu oleh NYA. Berjalan2 santai sambil menghirup udara malam yang segar di taman....melihat gelagat si kecil Azim cuba menarik perhatian kami melihat tingkahnya begitu menghiburkan. Terasa masa itu berhenti untuk kami nikmati. Hari esok masih jauh dari jangkauan. Tidak ada manusia yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku esok unless mereka adalah dari kalangan manusia terpilih yang telah dibuka hijab masa untuk mereka. So aku antara manusia biasa itu hanya mampu menikmati apa yang terbentang di depanku. Bukankah itu satu rahmat ALLAH swt yang perlu aku hargai. Satu peluang sama ada kecil atau besar tidak selalu datang menjengah. Apa yang perlu kita buat ialah ambil semua peluang yang ada agar suatu hari nanti kita tidak akan menyesal melepaskan peluang2 kegembiraan yang datang menyinggah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Just nak update
Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...
-
CARA RASULLAH MELAYAN ISTERI Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfec...
-
Besok adalah anniversary kita yang ke-23....Sekejap sahaja masa berlalu tidak terasa masa 23 tahun itu berganjak setahun demi setahun. Buk...
-
Berakhir sudah 2018 dengan segala sepak terajangnya...suka dan dukanya. Alhamdulillah aku masih dianugerahkan kesempatan untuk meneruskan pe...
No comments:
Post a Comment