Monday, January 19, 2009

Peringatan buatku....

Sebagai manusia kita kadang2 lupa bahwa ujian sentiasa menanti dan dugaan itu akan datang silih berganti. Ketabahan kita banyak bertitik tolak pada iman di dada untuk menepis segala bisikan syaitan. Selalunya bisikan yang sukar ditepis datang dari dalam diri. Pertarungan diri payah untuk ditentukan menang dan kalah. Kadang2 kalah jadi abu dan menang pun hanya mampu jadi arang. Apa yang mampu kita lakukan ialah sentiasa berdoa dan berdoa....doa merupakan senjata yang paling ampuh untuk umat islam. Semoga dengan doaku yang diberkati aku sentiasa berada di atas jalanMU yang lurus dan diredhai.

Di sini aku letakkan some artikel untuk dikongsi bersama....

Adapun empat golongan perempuan yang akan menjadi penghuni neraka ialah, pertama, mereka yang lancang atau jahat lidahnya terhadap suami. Tidak memelihara diri ketika suaminya tiada, tetapi ketika suaminya ada, dia menyakitinya dengan lidahnya.Kedua ialah perempuan yang membebankan suaminya dengan beban yang tidak upaya dilakukan oleh suami. Ketiga ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada lelaki dan keluar rumah dalam keadaan berhias, manakala golongan keempat ialah perempuan yang tidak mengambil berat, kecuali makan, minum dan tidur, tidak minat sembahyang, juga tidak taatkan Allah, rasulnya juga tidak taatkan suami. Wanita seperti ini, andainya keluar dari rumah tanpa izin suami, mereka adalah dalam keadaan tercela, dan akan menjadi penghuni neraka kecuali ia bertaubat.

Seorang telah datang untuk menemui Saidina Umar r.a kerana hendak mengadu tentang tingkah-laku isterinya, lalu dia berdiri di hadapan pintu rumah beliau, menunggunya keluar. Ketika itu dia mendengar isteri Umar sedang meleter bercakap panjang. Pada hal Umar diam sahaja, tidak melawan cakap, lalu lelaki tadi beredar.

Dia terfikir, “kalaulah begini keadaan Umar, seorang lelaki yang tegas dan keras dan seorang amirul ‘l-Mukminin, bagaimana pula hal aku?”Umar keluar dan melihat lelaki tadi sedang membelakangkan pintu rumahnya beredar pergi, lalu ia memanggilnya, bertanyakan apa hajatnya. Lelaki itu menjawab, “ya amiru ‘l-mukminin, saya datang hendak mengadu tingkah-laku isteri saya dan menunggu tuan. Saya mendengar kata-kata isteri tuan, lalu saya hendak beredar pergi. Kalaulah keadaan seperti ini berlaku kepada tuan, kenapa pula saya tidak boleh bersabar!”

Umar menjawab, “saudara! sesungguhnya saya telah membebankan ke atasnya tanggungjawab saya. Dia memasak makanan untuk saya, membuat roti, membasuh pakaian, menyusu anak untuk saya, pada hal semuanya itu bukan sesuatu yang wajib dilakukan olehnya. Kerananya hati saya tenang, selamat daripada benda haram. Sepatutnya tugas itu saya lakukan!”Mendengarkan kata-kata itu, lelaki itu berkata “ya amirul Mukminin, isteri saya pun sama macam itu,” Sayyidina Umar berkata: “Bersabarlah. Ia tak lama!”Hidup berumahtangga, lebih-lebih lagi bagi yang beristeri lebih dari satu selalunya menghadapi pelbagai masalah. Allah menjadikan cemburu itu sifat semula jadi manusia, lebih-lebih lagi wanita. Rasa cemburu sering menyebabkan manusia seumpama membelakangkan hukum-hukum Allah, lebih- lebih lagi mereka yang kurang memahaminya.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...