Minggu lepas aku dan keluarga melakukan satu lagi perjalanan jauh. Kami sekeluarga mengikut suamiku outstation ke Kota Bahru. Pagi2 lagi aku dah bersiap....dengan persediaan bekal dalam perjalanan sehinggalah baju yang perlu dibawa bersama. Anakku yang sulung turut sama membantu agar timing perjalanan kami tidak lari. Dah janji dengan suamiku untuk sampai ke kl sebelum pukul satu.
Kami bergerak dari Melaka pukul 11 pagi. Macam biasa, speed keretaku pasti tak kurang dari 110 km/jam. He!he!he! Biasalah....dulu nak jadi racer kereta tapi tak jadi. Hari ini aku bernasib baik kerana Azim lepak dengan abangnya di belakang sambil menonton cd Upin & Ipin. Pandai anak mak....siap boleh lancar lagi setiap dialog Upin & Ipin tu. Paling tension abang2nya lah, mana tidak semua orang kena tengok Upin & Ipin berulangkali sehingga sampai kl. Bila along tukar cd lain aje...siren bomba berbunyi, terpaksa aku campur tangan.
Sampai UNIKL pukul 12.30, urusan transit kereta dan kami memulakan perjalanan ke KB. Anak2ku mahu kami ikut Cameron Highland, dah lama tak pergi alasan mereka. Untuk menjaga hati anak2 permintaan mereka kami tunaikan. Lunch kat Lata Iskandar, anakku Azim, kami baru masuk simpang ke Cameron Highland...dia dah sibuk cari baju berenang dia. Semangat betul anakku yang seorang tu kalau pasal main air. Dalam pukul 2.50 petang kami sampai ke Lata Iskandar. Azim dah tak kira apa dah....heret tangan suamiku bawakan dia di tepi sungai. Air yang sejuk sikit pun tidak menjadi hal pada dia....terror ler sayang mak!

Air Terjun Lata Iskandar
Azim tengah heret tangan ayah, untuk bawa dia ke gigi air. Ayah tengah signal kat aku supaya bawakan baju ganti dia sekali
Along dan Azim posing atas batu.
Korie...takkan tengok jer air tu. Nie mesti kes takut air kan.
Aku sempat solat jama' zuhur dan asar kat surau yang disediakan. Kami meneruskan perjalanan lebih kurang pukul 4.30 petang. Baru jer bergerak tak sampai 15 minit, kereta kami sangkut dalam tanah runtuh....hampir 45 minit kami menunggu sehingga kawasan tanah runtuh itu dibersihkan. Hujan dah mula turun lebat.....semoga perjalanan kami seterusnya tidak lagi terhalang......
to be continued....
No comments:
Post a Comment