Kadangkala perancangan yang kita buat tidak terlaksana seperti yang kita harapkan oleh banyak faktor, tapi apakah kegagalan perancangan itu terlaksana menjadikan kita orang yang tidak lagi akan merancang. Bagiku perancangan amat perlu. Sekurang2nya kita mempunyai kayu ukur untuk hasil yang kita perolehi untuk hari tersebut. Bukankah itu amat berguna untuk kita perbaiki diri untuk esok. Setiap hari yang berlalu menjadikan kita manusia yang lebih matang, lebih waras, lebih pemikir, lebih berwawasan....yang pasti akan menjadikan kita insan yang lebih segala2nya dari hari semalam yang telah berlalu.
Aku selalu menyarankan diri sendiri agar selalu bersangka baik....walaupun apa yang berlaku pada kita saat dan ketika itu amat menyakitkan. Aku masih ingat masa aku mengambil exam UTM di Yayasan Selangor. Aku habis exam pukul 10 pg, ikut perancangan yang ku buat aku akan ke UTM melunasi tugasan yang perlu aku langsaikan sebelum aku memohon penganugerahan. Bayangkan dalam keadaan aku yang mengejar masa kerana lepas tu aku akan bergerak balik ke Melaka kereta aku kena clamp. Pelbagai persoalan bermain di mindaku. Tatkala kemarahan menguasai diriku....aku berisgtifar sambil menarik nafas dalam2. Sesungguhnya telah dinyatakan semua yang terjadi pasti bersebab. Baik perkara yang terjadi itu mendatangkan gembira pada kita mahupun sebaliknya. Hampir 2 jam aku terkandas di sana. Kalau aku terus membayar duit denda clamp sebanyak RM50 aku tidak perlu menanti selama itu. Kerana sayangkan jumlah yang perlu aku keluarkan tanpa sebab itu menyebabkan aku harus berurusan dengan orang atasan. Itulah yang dinamakan pengalaman....bagaimana kita mengawal diri dalam kemarahan dan dalam keadaan tertekan.
Sebenarnya aku ingin membantu ada seorang lagi student yang juga keretanya di clamp. Mukanya sungguh pucat dan dia sudah mula marah2 kerana hilang pertimbangan. Aku faham situasinya......bayangkan kalau kita ditempat dia tanpa duit lebih dari RM5 dalam dompet, tentu kita juga akan hilang punca. Pada siapa ingin mengadu apalagi duit dalam bank juga tidak mencukupi. Sudah tentu aku tidak akan mengeluarkan wang sejumlah RM100 begitu sahaja....walaupun aku tahu berbuat baik akan dibalas baik....tapi RM100 bukanlah jumlah yang sikit apalagi masa hujung bulan.
Akhirnya aku bersemuka dengan security yang bertugas. Lama juga aku bertekak untuk tawar menawar. Mulanya dia begitu berkeras...yelah bila seseorang merasa kuasa berada ditangannya. Bukannya aku tidak biasa berurusan dengan situasi sebegitu. Bila aku terus memujuk dan sudah tahap hampir mendesak dia mengambil jalan mudah meminta aku menghubungi ketuanya iaitu pengurus yang bertugas. Mungkin pada fikirannya aku akan mengalah dan membayar wang denda itu, tapi aku mengambil tindakan sebaliknya. Kita bukannya anak2 hingusan yang takut pada orang atasan...apatah lagi kita dalam keadaan benar. Aku bukan minta pelepasan tapi sekadar meminta jasa baik untuk mendapat pengurangan. Tak sampai 5 minit aku berurusan pengurus tersebut mengizinkan aku membayar denda RM30, so untuk dua orang aku hanya perlu keluar RM 60. Alhamdulillah....jika kita ikhlas..ALLAH swt akan mudahkan. Adik tu aku lihat menarik nafas lega dan berulang2 kali mengucapkan terima kasih padaku. Aku merasa bahagia. Aku telah melakukan satu kebaikan dalam hidupku hari itu.
Seminggu kemudian aku mendapat balasan....aku dilepaskan dari membayar denda perpustakaan sebanyak RM80. Berganda yang aku perolehi....aku kehilangan RM30 tapi ALLAH pulangkan hampir 3x ganda....bukankah itu satu nikmat. Kesimpulan yang ingin aku nyatakan di sini ialah sentiasalah bersangka baik untuk setiap yang berlaku pada kita. Tidak semestinya perancangan yang gagal itu merupakan satu musibah tetapi mungkin lebih merupakan satu rahmah yang tersembunyi.
No comments:
Post a Comment