Monday, December 8, 2008

Hari raya itu....Aidil Adha 1429H


Anak2 n suamiku serta ayahanda dan bonda tengah menikmati minum pagi.


Besarnya gelak Alan....pedas tak sambal mak ?

Akhirnya hari ini tiba juga, pagi2 lagi dahiku telah dikucup oleh suamiku dengan kasih sayang sambil membisikkan selamat hari raya kepadaku. Terasa begitu syahdu saat itu. Terlalu banyak dugaan yang melanda kami kebelakangan ini...kalau tanpa kasih sayangMU ya ALLAH aku sudah jatuh tersungkur kecundang pada permainan dugaan. Dari pukul 5 pagi tadi lagi hujan turun dengan lebat, mungkin untuk membasuh segala kedukaan dan menggantikannya dengan kebahagiaan. Itulah hadiah yang ku terima hari ini. Setitis kebahagian bukan boleh dijual beli dengan wang ringgit, sekepok mana pun wang yang kita miliki tidak mungkin dapat kita tukarkan dengan kebahagian milik Ya Khaliq.

Bukan main ceria suamiku....Azim punya pasal...semua kena buat tanda peace..


Lepas menunaikan solat subuh aku bergegas masuk dapur untuk masak lontong yang bakal menjadi juadah kepala meja pagi ini. Lontong dan sambal kupang pasangan yang tidak boleh dipisahkan...menu kegemaran anak2ku. Apalagi mereka bukan jenis memilih makanan. Hajatku untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha tidak kesampaian....makhluk bertanduk dalam diriku pasti bersorak keriangan.



Orang semua happy, Alan sorang jer muka sedih. Teringat scene dia jatuh terlentang kat masjid tadi kot...baju pun dah tak sama dengan yang lain.

Anakku Alan balik paling awal sekali....baju habis basah kuyup. Bila ditanya...alasannya dia terjatuh semasa di masjid tadi. Tidak lama kemudian anakku Korie terpacul di muka pintu diikuti oleh along. Semua tak boleh pakai....imam belum habis kutbah masing2 dah sampai rumah. Hai....payah ler macam nie kan. Habis minum pagi kami ada sesi bergambar sebelum suamiku balik Melaka n KL.

Gambar kami sekeluarga bersama bonda dan ayahanda..

Gambar kami anak beranak


Gambar Atuk dan Nenek dengan cucu2 kesayangan.

Gambar ceria Amir's family....



Gambar anak2 bujang kebanggaan aku dan suami.

Si kecil Azim jelous mak n ayah ambil gambar berdua...

Semoga jodoh kami berkekalan sehingga hujung nafas kami yang terakhir.....ammmmiiinnn.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...