Wednesday, April 11, 2012

KEHILANGAN....

Tanggal 31 mac 2012 tidak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan. Masih terasa pedihnya bila aku hampir diuji dengan kehilangan. Terasa bak belati membelah sembilu.....satu rasa yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata.

Hari tersebut adalah hari pernikahan adik ipar lelakiku. Dari pagi Adib sangat asyik bermain dengan abang dan sepupu2nya. Langsung tidak mempedulikan aku. Ku pandang dari jauh. Lagi pun tiada rasa bergetar di kalbu. Pukul 12.30 sedang majlis persandingan berlangsung, Adib lagi sekali tidak mahu ku kendong. Abang dan sepupunya yang lebih besar itu yg dikejarnya. Aku mencari tempat teduh apabila sudah tak tahan dengan bahang yang hangat di kepala. Hampir satu jam kami asyik dengan persembahan yang ditarikan di depan pengantin tetiba hatiku bagai disentap. Seram sejuk menular di deria rasaku dan saat itu terus bayangan Adib yang bermain di mindaku. Aku terus mencari anak bujangku. Satu persatu aku mencari kelibat adib di tangan anak2ku dan juga sepupu2nya. Tapi hampa.....Adib tiada dengan mereka.

Kerana gesa itu segera tiba, anak2 aku terus bergerak mencari. Rupanya dia sudah 300meter jauh dari tempat majlis. Masa Azlan jumpa dia, Adib berada ditangan seorang perempuan. Terus saja Azlan rampas.....Ya Allah....terima kasih melindungi anakku.

Dari peristiwa itu aku tak yakin melepaskan Adib dengan anak2ku yang lain. Bila aku menyusukannya, melihat dan membelai tika tidurnya....hatiku digamit sayu. Bagaimana kalau Allah betul2 mengujiku dengan mengambil Adib dariku.....tak mampu aku bayangkan kehilangan itu. Apatah lagi kehilangan tanpa jasad sebagai bukti pengambilan semula amanah.

Anyway....memang benar kita tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita harungi. Jadi kehilangan itu memang bukan ujian yang tepat buatku, sebab aku akan rebah. Ya Allah Kau lindungilah kami dari sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Sesungguhnya Kau yang Maha mengerti....

Wednesday, February 8, 2012

Welcome 42....

Honeymoon ngan dear hubby

Hepi besday to me...hepi besday to me...hepi besday to meeeeee....hepi besday to me...

Pejam celik2x aku dah 42 tahun rupanya. Bila aku pandang belakang terlalu banyak benda yang telah kulalui. Suka, duka, pahit, maung, senyum, tangis. Anyway itu semua semakin mematangkan aku. Selepas apa yang aku lalui masih ramai yang mengasihi dan mengambil berat tentang diriku. Terima kasih Ya Allah atas limpahan kasih sayang yang kau kurniakan padaku.


Wednesday, January 18, 2012

Thursday, December 29, 2011

Perginya permata hati....


Anak buahku Arshad b Mohd Nizam, masih terbayang di mataku keletahnya yang lasak baru dapat kaki dan mulut masa cuti Krimas baru2 ini. Begitu pantas masa berlalu....anak yang keletah dan manja sudah pergi meninggalkan kami. Kami begitu terperanjat mendengar berita kemalangan selasa lalu. Arshad jatuh dari kereta...berlaku perdarahan dalam kepala dan perlu dibedah. Jantung sudah berhenti berdenyut.... Ya Allah sedihnya mendengar perkhabaran duka itu. 3 hari dia bertarung tapi Allah lebih sayangkan dia... selamat bersemadi sayang. ...


Gambar aruah Arshad yg chubby...

Saat akhir Arshad sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...


Kau sentiasa dalam kenangan anakku.......Alfatihah....

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...