Hari tersebut adalah hari pernikahan adik ipar lelakiku. Dari pagi Adib sangat asyik bermain dengan abang dan sepupu2nya. Langsung tidak mempedulikan aku. Ku pandang dari jauh. Lagi pun tiada rasa bergetar di kalbu. Pukul 12.30 sedang majlis persandingan berlangsung, Adib lagi sekali tidak mahu ku kendong. Abang dan sepupunya yang lebih besar itu yg dikejarnya. Aku mencari tempat teduh apabila sudah tak tahan dengan bahang yang hangat di kepala. Hampir satu jam kami asyik dengan persembahan yang ditarikan di depan pengantin tetiba hatiku bagai disentap. Seram sejuk menular di deria rasaku dan saat itu terus bayangan Adib yang bermain di mindaku. Aku terus mencari anak bujangku. Satu persatu aku mencari kelibat adib di tangan anak2ku dan juga sepupu2nya. Tapi hampa.....Adib tiada dengan mereka.
Kerana gesa itu segera tiba, anak2 aku terus bergerak mencari. Rupanya dia sudah 300meter jauh dari tempat majlis. Masa Azlan jumpa dia, Adib berada ditangan seorang perempuan. Terus saja Azlan rampas.....Ya Allah....terima kasih melindungi anakku.
Dari peristiwa itu aku tak yakin melepaskan Adib dengan anak2ku yang lain. Bila aku menyusukannya, melihat dan membelai tika tidurnya....hatiku digamit sayu. Bagaimana kalau Allah betul2 mengujiku dengan mengambil Adib dariku.....tak mampu aku bayangkan kehilangan itu. Apatah lagi kehilangan tanpa jasad sebagai bukti pengambilan semula amanah.
Anyway....memang benar kita tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita harungi. Jadi kehilangan itu memang bukan ujian yang tepat buatku, sebab aku akan rebah. Ya Allah Kau lindungilah kami dari sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Sesungguhnya Kau yang Maha mengerti....
No comments:
Post a Comment